♪ ♫ Bersatu Kita Bersatu, Di Bawah Pemimpin Penipu ♩ ♬ UMNO/BN Terus Mara, Tipu Rakyat Malaysia ♭ ♮ ♯”
Tuesday, 10 December 2013
Satu Malaysia Desak SPRM Kembalikan Maruah Malaysia.
"Sebanyak 118 tangkapan berkaitan rasuah telah dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak sepanjang tahun lalu berbanding 98 tangkapan pada 2011." kata Pengarahnya, Datuk Bahri Mohamad Zin.
Tahniah kepada SPRM Sarawak diatas kejayaan menyelesaikan kes berkaitan rasuah di Sarawak sehingga begitu ramai tangkapan dilakukan.
Persoalan asas yang sentiasa bermain diminda rakyat Sarawak dan Malaysia keseluruhan adalah bagaimana status siasatan SPRM terhadap Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud yang sudah sekian lama tiada perkembangan.
Tahun lepas sebuah video bertajuk ‘Inside Malaysia’s Shadow State’ didedahkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berpangkalan di London, Global Witness yang merakam perbualan antara penyiasat persendirian Global Witness dengan dua sepupu Taib Mahmud.
Hasil daripada pendedahan video berikut lebih 20 individu telah dipanggil manakala 400 fail diteliti berhubung dakwaan kes rasuah melibatkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, kata Penolong Pesuruhjaya, Urusetia Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Lim Bee Kean. Video tersebut adalah merupakan pendedahan terkini dari pihak Global Witness.
Walau bagaimanapun, rakyat tertanya-tanya tentang status laporan terhadap rasuah dan salahguna kuasa Taib Mahmud yang telah dibuat oleh pemimpin pembangkang Sarawak, NGO dan orang awam pada tahun-tahun sebelum ini. Contohnya laporan SPRM yang dilakukan oleh Angkatan Muda PKR Sarawak dan Movement Of Change Sarawak (Pergerakan Perubahan Sarawak) yang sehingga sekarang masih tiada perkembangan.
SPRM Malaysia perlu bersikap :
Amanah Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.
Tegas Menjalankan penyiasatan terhadap semua perlakuan rasuah secara objektif dan tanpa pilih kasih.
Adil Bertindak secara saksama tanpa prasangka dan berat sebelah dalam semua keadaan berteraskan keluhuran undang-undang.
Jika laporan yang sudah bertahun-tahun dibuat pun tiada perkembangan maka apalah yang mampu diharapkan terhadap siasatan Global Witness itu akan membuahkan hasil. Mungkin persoalan ini akan berulang lagi pada 4-5 tahun akan datang.
Kami rakyat Malaysia mendesak SPRM bersifat Amanah Tegas dan Adil sesuai dengan motto SPRM sendiri untuk bertindak tanpa campurtangan dari sesiapa demi untuk mengembalikan maruah negara yang tercemar akibat gejala rasuah ini.
Persepsi rasuah Malaysia dimata dunia amat memalukan dan telah menjadi bahan ejekan terhadap rakyat Malaysia diluar negara. Harapan Malaysia ditangan SPRM maka lakukanlah siasatan dan tangkapan tanpa campurtangan atau takut kepada individu tertentu kerana rakyat Malaysia akan sentiasa berada dibelakang penguasa yang bersih dan adil.
Satu Malaysia menantikan jawapan.
Jemu mendengar masalah rasuah negara.
pandangan peribadi
Pisau Karat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment