Tuesday, 17 December 2013

Anwar Ibrahim 'tewaskan' Najib dalam carian 'trending' Google 2013

KUALA LUMPUR: Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan topik ‘trending’ paling tinggi untuk ahli politik Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam dalam carian Google.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menewaskan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang muncul di kedudukan nombor empat.

Meski dihujani dengan pelbagai kontroversi termasuk dengan isu-isu seperti kes liwat,perhimpunan BERSIH dan perhimpunan Black 505 itu tidaklah menjadi penghalang kepada Anwar untuk terus menjadi pilihan utama ‘trending’ di Internet.

Rakan Anwar dalam pakatan pembangkang, Lim Kit Siang pula muncul di kedudukan nombor dua sambil diikuti oleh ahli politik DAP dan blogger politik terkenal, Aspan Alias.

Google Malaysia pada hari ini mengumumkan senarai tahunan Zeitgeist yang memperlihatkan individu, peristiwa juga isu yang menjadi ‘trending’ carian Internet sepanjang tahun ini.

Ketua Komunikasi dan Hal-Ehwal Awam, Google Malaysia, Zeffri Yusof berkata senarai tahunan Zeitgeist ini merupakan ‘barometer budaya’ yang memberi gambaran umum terhadapa peristiwa dan juga trend yang berlaku di Malaysia sepangjang tahun ini.

“Google kini adalah tempat utama rakyat Malaysia untuk mencari segala informasi dan maklumat dan disamping itu juga ianya adalah tempat penerokaan perkara-perkara baru dalam kehidpuan masyarakat seharian,” katanya.

Ahli Politik PRU13 (Topik Trending)
1. Datuk Seri Anwar Ibrahim
2. Lim Kit Siang
3. Aspan Alias
4. Datuk Seri Najib Tun Razak
5. Rafizi Ramli
6. Azmin Ali
7. Husam Musa
8. Tian Chua
9. Tan Sri Taib Mahmud
10. Muhammad Sabu (Mat Sabu)

Berita mula diterbitkan pada: Disember 17, 2013 20:15 (MYT)
Tag: Anwar Ibrahim, PRU13, Najib Tun Razak, Google

sumber : http://www.astroawani.com/news/show/anwar-ibrahim-tewaskan-najib-dalam-carian-trending-google-2013-27104

No comments:

Post a Comment