Monday, 16 December 2013

Ratusan Warga KL Himpun Di DBKL

20,000 Bantahan Kenaikan Cukai Pintu Dihantar: Ratusan Warga KL Himpun Di DBKL.


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar membawa masuk kotak berisi surat bantahan kenaikan cukai pintu ke DBKL. Pic: TMIAhli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar membawa masuk kotak berisi surat bantahan kenaikan cukai pintu ke DBKL. Pic: TMI

KUALA LUMPUR: Ratusan warga kota berhimpun di hadapan Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hari ini bagi menghantar bantahan terhadap kenaikan cukai pintu bermula Januari 2014.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyerahkan notis bantahan itu kepada pegawai Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dan menerima cop penerimaan.


Sementara ahli parlimen Kuala Lumpur itu menghantar notis bantahan kepada Datuk Bandar, ribuan warga kota hari ini mendesak Datuk Bandar turun ke perkarangan Menara DBKL.

Nurul Izzah berkata, Ahmad Phesal pada tahun lalu menyatakan prestasi cemerlang akaun DBKL tetapi mahu menaikkan kadar cukai pintu bermula Januari depan.

Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang, berkata terdapat lebih 20,000 surat bantahan terhadap cadangan kenaikan cukai pintu dihantar menjelang tarikh tutup bantahan esok.

“Kenaikan cukai pintu bagi pemilik hartanah di KL tidak adil dan tidak boleh diterima,” kata Ahli Parlimen Cheras daripada DAP, Tan Kok Wai.

 


-The Malaysian Insider

 

 

No comments:

Post a Comment