Thursday 2 October 2014

Kenyataan Media JINGGA 13 MALAYSIA

2 October 2014

JINGGA13 HASUT RAKYAT BANTAH KENAIKAN PETROL RON95 DAN DIESEL OLEH KERAJAAN UMNOBN,BUKTI DANA NEGARA SEMAKIN KRITIKAL.


Berkuatkuasa 2 Oktober 2014, rakyat digemparkan dengan kenaikan petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen oleh Kerajaan UMNOBN.

Penyelarasan harga RON95 dijual pada harga RM2.30 seliter dan diesel pula RM2.20 dengan alasan pengurangan subsidi sebanyak 20sen sepertimana  diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

JINGGA13 Malaysia menganggap Kerajaan UMNOBN sudah semakin "sasau dan tidak siuman" apabila bertindak menaikkan harga petrol RON95 dan diesel sedangkan ketika ini harga petrol dunia telah menurun sebanyak lebih 25% sejak Mac 2014.  Malah beberapa negara termasuklah India dan United Kingdom telah mengambil langkah menurunkan harga petrol.

Langkah Kerajaan UMNOBN menaikkan petrol dan diesel adalah satu tindakan yang tidak masuk akal dgn alasan yang dangkal. Gula-gula dengan janji  menaikkan
BR1M dalam budjet 2015 tidak akan mampu menyelesaikan masalah jangka panjang rakyat yang sudah pasti mendapat kesan yang tidak akan mampu dikawal daripada kenaikan kos sara hidup khususnya golongan berpendapatan rendah,sederhana dan fakir miskin.

Walaupun apa insentif dan bantuan disediakan oleh Kerajaan UMNOBN kononnya bertujuan meringankan bebanan rakyat hanyalah bersifat retorik dan menyedapkan hati rakyat sedangkan kerajaan UMNOBN sudah pasti tidak akan dapat mampu menghalang kenaikan barang-barang makanan dan keperluan hidup yang bakal berdepan dengan kenaikan berantai.

Kenaikkan petrol,diesel dan LPG adalah bukti Perdana Menteri DS Najib Razak merangkap Menteri Kewangan telah gagal dalam mengurustadbir kewangan dan ekonomi negara sehingga terpaksa mengambil tindakan secara drastik sedemikian rupa.

JINGGA13 Malaysia percaya bahawa tindakan Kerajaan UMNOBN ini adalah membuktikan dana negara semakin kritikal ekoran sikap boros,pembaziran,ketirisan,rasuah dan penyelewengan oleh Kerajaan UMNOBN.

JINGGA 13 Malaysia menghasut seluruh rakyat Malaysia secara solidariti membantah kenaikan petrol RON95 dan diesel oleh Kerajaan UMNOBN. Apa lagi RON95 adalah petrol yang digunakan oleh majoriri rakyat marhean.

Dasar rasionalisasi subsidi kerajaan adalah tidak rasional dan relevan tetapi menjadi dasar  menghisap darah rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah,sederhana dan fakir miskin.

Muafakat*Prihatin*Berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA13 Malaysia

Wednesday 24 September 2014

PELAJARAN SEJARAH

Suasana kebangkitan Islam era 70 'an terasa dan berada di majlis (muktamar) seperti ini. Kita sempat menyaksikan kegejolakan, gelora melihat Anwar Ibrahim beraksi berpencak sebagai Super Star kebangkitan itu. Kami telah berada di layar sejarah 70'an, pada babak sejarah yang sangat bererti dalam sejarah kebangkitan Islam.

Namun kini, kita sedang menyaksikan segolongan generasi baru yang tidak dapat menghargai atau mengapresiasi fenomena kebangkitan Islam waktu itu. Mereka tidak menyaksikannya dan mereka tidak merasainya. Sebaliknya mereka meperlekehkan pula jasa tokoh-tokoh kebangkitan Islam.

Tidak mengapa dan kita boleh faham jika mereka tidak mengapresiasikannya. Tetapi mereka memperlekehkan tokoh-tokoh yang berjasa membina dan melakar sejarah Islam terpenting abad ke 20. Kalaulah Anwar Ibrahim boleh diperlekehkan, apa lagilah kita ini. Dikatakan kita tidak mengakar ke landasan ilmu dan tidak Islamik.

Secara mudahnya, kalaulah tidak kerana jasa Anwar Ibrahim, kami mungkin tidak menjadi seperti kami sekarang. Kita sedih kerana para senior kita sudah tiada lagi bersama kita sekarang. Al marhum Ustaz Niamat Yusuf (Kedah) tiada lagi bersama kita. Al marhum Ustaz Yahya Othman (Kelantan) tidak lagi bersama kita. Andaikata mereka boleh memberikan kesaksian maka mereka akan mengesahkan peranan dan sumbangan Anwar Ibrahim pada waktu bersejarah itu.

Mudah-mudahan ustaz-ustaz yang masih ada sekarang bersama kita barangkali harus tampil memberikan kesaksian kepada sejarah bahawa manusia bernama Anwar Ibrahim ini sangat berjasa kepada kebangkitan Islam dan hakikat ini jangan lagi diperlekehkan.

Kalau pemikiran Anwar Ibrahim dikritik, itu tidak mengapa. Bebaslah mengkritik Buku Jingganya itu. Tetapi dia adalah penggerak kebangkitan Islam dan keberadaannya kita di sini adalah hasil usaha itu.

Sekarang ini semacam ada musim Anwar bashing - menghentam Anwar. Orang-orang yang terlibat dalam kerja bashing ini sudah tentu berpenyakit. Mungkin untuk kelihatan dia besar maka dia harus memukul orang yang lebih besar. Jadi, dipukulnya besar-besaran. Mungkin supaya pangkat yang diperolehi pun pangkat lebih besar.

Kita sedih melihat fenomena ini yang berlaku di luar kita. Kita sebenarnya tidak ada masalah dengan hal seperti ini di kalangan kita.

PROSES PEMBELAJARAN SEMULA

Kini kemunculan mereka yang merasai diri mereka sebagai ulama' - lulus 4 thanawi dan berpakaian tertentu sudah menggelar diri ulama'. Sewenang-wenangnya mencampuri sebarang masalah. Mereka menggunakan pula kedudukan 'keulamaan' itu pula untuk berbuat seenak-enaknya. Maka golongan yang dikategorikan bukan ulama' pula terpaksa menjadi kerdil dan tidak lagi berupaya. 

Apa boleh buat, sudah macam itu...Ini suatu yang menyedihkan dan kita harus pastikan gejala ini tidak berlaku di dalam gerakan kita. Tradisi ilmu kita adalah melalui pembelajaran semula - re-educating process. Masing-masing anggota menjalani pencerahan. Berlaku proses 'pengintelektualan ustaz dan intelek kepada ustaz'. Orang tidak pernah bertanya apakah kita ulama' atau intelektual. Kita tidak pernah mempersoalkan pun sesama kita.

Kita konfiden bahawa kita Islamis yang kompeten. Usrah kita berjalan dengan semestinya dan kita yakini kualitinya. Kita disiplinkan tarbiyyahnya dan budayanya. Inilah yang menjadikan kita begini. Oleh itu, kita harus mempertahankan proses re-educating itu. Jika dicongak waktu pertemuan -contact hours - usrah setiap orang selama 40 tahun - boleh mencecah pembelajaran di 2-3 buah universiti.

Kita lihat semua ini sebagai kekuatan dan di sinilah perbedaan kita. Tidak ada dichotomy pemisahan di antara ulama' dan profesional di dalam konteks gerakan kita. Kita dapat berada di dalam masyarakat dan mendewasakan umat dengan memanfaatkan kekuatan intelektual yang kita miliki. Bukan kita pamerkan ini untuk dihebohkan sebagai menunjuk-nunjuk - show off, tetapi inilah cerminan kekuatan dan kualiti yang gerakan miliki untuk membangunkan umat.

ERA BARU

Kini adalah era baru, perkembangan menarik berada di hadapan kita iaitu perhubungan kita bersama Non Muslim. Mungkinkah se[truncated by WhatsApp]
ERA BARU

Kini adalah era baru, perkembangan menarik berada di hadapan kita iaitu perhubungan kita bersama Non Muslim. Mungkinkah semakin kita terpukul, semakin kita terkenal. Kita sedang jalinkan hubungan dengan semua pihak dan bidang profesional.

Angkatan muda Non Muslim sudah mula menghadiri program dan ada yang hadir majlis berbuka puasa malah ada yang betul-betul cuba berpuasa. Ini dikatanya sebagai solidariti bersama umat Islam. Kita serahkan saja niatnya tetapi ini perkembangan yang baik dan menarik.

Mungkin selama ini mereka melihat autoriti Islam dan Melayu itu di tempat lain. Mungkin sekarang sudah menjadi kelainan dan tempat rujukan pemikiran Islam bukan di tempat lain tetapi di dalam diri-diri kita. Anak-anak muda Non Muslim kelihatan serious dan bersungguh-sungguh. Mereka membaca buku 'Islam dan Melayu' dan menyampai saranan supaya bahasanya dipermudahkan lagi untuk tatapan orang awam.

Apa yang pengarang sampaikan dalam buku itu adalah natural dan tabii bukanlah dibuat-buat. Begitulah pengarang berfikir dan itulah bahasa yang terjelma dalam teks. Apa yang difikir, itulah yang ditulis - al lughatul fikri . Oleh itu, jika perlu, orang lain mungkin boleh mempermudahkan dengan versi simplified.

Apabila dianjurkan idea piagam Madinah sebagai formula political compact, di mana wujud kebersamaan umat Islam dan bukan Islam - ummmah diniyyah dan ummah siyasiyyah dalam menangani pluraliti politik - 'kepelbagaian dalam satu bingkai kesatuan', ini disambut baik. Ada tokoh politik Non Muslim yang menyahut "Now I am part of the ummah!". Dia bertanya, "Can I quote you on this?". Kita jawab, "With pleasure."

Oleh itu sebagai wadah pencerdasan umat, kita harus berfikir secara lebih luas supaya berupaya mengakomodasi penglibatan Non Muslim. Ini betul-betul era baru dan kita harus memanfaatkannya.

Kita saksikan pengalaman parti politik multi racial. Kita sedari dan kita sangat prihatin dan concern supaya ia kekal berbilang kaum dan supaya ia jangan menjadi seperti parti-parti sebelumnya yang berasal pelbagai kaum pada akhirnya menjadi parti satu kaum. Tidak banyak orang berani menubuhkan parti multiracial sehingga pada peringkat permulaan ada yang sampai tidak mahu percaya.

Oleh itu seharusnya ia kekal multiracial dengan fikrah dan aspirasi Islam. Oleh itu adalah suatu kesombongan dan amat meloyakan apabila kehadiran Anwar Ibrahim memimpin parti multiracial dengan sejarah kebangkitan Islamnya, cuba untuk diperlekehkan orang lain.

AKHIR KATA

Kepada rakan-rakan seperjuangan, janganlah kita cepat berserah. Anggaplah misi kita rahmatan lil 'alamin bukan suatu bebanan.

DR SIDDIQ FADZIL, PRESIDEN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA: UCAPAN PENANGGUHAN MUKTAMAR NASIONAL KE 8
21 September 2014

Wednesday 10 September 2014

Hadi langgar perlembagaan parti, kata biro undang-undang PAS

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang didapati melanggar Perlembagaan PAS apabila membuat keputusan sendiri memilih calon menteri besar Selangor melangkaui kuasa Dewan Harian dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Setiausaha Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS Pusat, Abang Ahmad Kardee Abang Masagus berkata, tidak wujud sebarang peruntukan dalam perlembagaan parti itu mengenai jawatan presiden secara bersendiri, sebaliknya termasuk dalam Fasal 26 Perlembagaan PAS di bawah "Tugas-Tugas Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat".

Kardee berkata, presiden tidak mempunyai kuasa pemutus tanpa bermesyuarat dengan AJK PAS Pusat terlebih dahulu mengenai apa sahaja perkara.

Katanya, Fasal 27 (6) Perlembagaan PAS jelas menyatakan Dewan Harian yang merangkumi Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden, Setiausaha Agung dan sebagainya, perlu membawa keputusan mereka kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bagi kelulusan.

"Justeru, adalah aneh sekali apabila presiden secara tiba-tiba boleh bertindak seorang diri melangkaui kuasa Dewan Harian mahupun kuasa Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang menurunkan kuasa kepadanya.

"Lebih-lebih lagi, keputusan mengenai mencalonkan menteri besar di kalangan ahli Dewan Undangan PAS juga dibuat tanpa memaklumkan perkara itu terlebih dahulu kepada ahli Dewan Harian yang lain.

"Luham berpendapat sebarang tafsiran yang membenarkan presiden bertindak hingga ke tahap yang dinyatakan tersebut adalah bercanggah dengan roh, matan dan niat Perlembagaan PAS," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, jawatan Presiden PAS berkonsepkan Perlembagaan, iaitu kuasa dan peranannya dihadkan Perlembagaan, maka sebarang tafsiran yang keluar dari konsep atau doktrin tersebut amat asing dan tidak boleh dipertahankan.

Mengulas tentang kenyataan Majlis Syura Ulama (MSU) yang menyokong tindakan Hadi pada 7 September lalu, Kardee berkata, mesyuarat Luham semalam juga memutuskan MSU bertindak melampaui kuasanya apabila badan itu membuat keputusan dalam isu yang melibatkan pelantikan menteri besar Selangor.

Katanya, kenyataan MSU itu membawa makna presiden mempunyai kuasa membuat apa-apa keputusan di luar mesyuarat AJK PAS Pusat, sekaligus menjadikan peranan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat tidak lagi relevan.

"MSU silap menyatakan bahawa kuasa presiden di bawah Fasal 26 (1) (a) Perlembagaan PAS adalah satu kuasa pemutus yang secara tersiratnya satu kuasa yang bersifat mutlak atau “veto”," katanya.

Katanya, MSU tidak berhak menghurai, menjelas dan menafsirkan mana-mana peruntukan Perlembagaan PAS dalam isu menteri besar, malah tidak ada keperluan untuk MSU terlibat dalam perkara yang tidak termasuk dalam bidang kuasa badan tersebut seperti yang digariskan dalam Perlembagaan PAS.

Jelasnya, kuasa MSU adalah kuasa atas rujukan (referral) dan bukan kuasa "of first instance" atau kuasa yang sedia ada (inherent).

"Dengan ketiadaan perselisihan faham dan pendapat tentang tafsiran Perlembagaan PAS berhubung isu pelantikan MB Selangor dan ketiadaan rujukan dibuat oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat kepada MSU bagi MSU menafsir Perlembagaan PAS, maka tindakan MSU mencampuri isu pelantikan MB Selangor itu adalah “non-starter," katanya.

Katanya, isu pelantikan menteri besar Selangor melibatkan isu penyusunan, pengaturan dan pelaksanaan strategi politik yang jelas di bawah bidang kuasa Ahli Jawatankuasa PAS Pusat seperti yang diperuntukkan di bawah Fasal 26 (9) (a) Perlembagaan PAS.

"Oleh itu, jika MSU ingin menambah kuasa presiden yang tidak dinyatakan secara bertulis di dalam perlembagaan, maka perlulah dibuat pindaan perlembagaan di dalam Muktamar," tegasnya.

Kardee turut mempertikaikan tahaluf siyasi PAS dengan DAP dan PKR apabila menghantar nama daripada PAS, sedangkan Hadi sebelum ini menyatakan PAS tidak akan menuntut jawatan itu kerana ia milik PKR.

"Luham percaya ini adalah berdasarkan kepada ketetapan Muktamar yang memutuskan bahawa PAS bertahaluf dengan Pakatan. 

Justeru, apabila nama Adun PAS turut dicalonkan sebagai menteri besar Selangor, tidakkah ia menyalahi perjanjian PAS di dalam Pakatan itu sendiri?"Tidakkah perlanggaran ini menjurus kepada pelanggaran keputusan Muktamar itu sendiri? 

Oleh itu, Luham berpendapat tidak wujud sebarang perselisihan faham dalam hal keputusan Muktamar ini yang perlu kepada tafsiran oleh MSU," katanya. – 9 September, 2014.- 

See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hadi-langgar-perlembagaan-parti-kata-biro-undang-undang-pas#sthash.LMYR23ui.dpuf
He got the guts... ini dia VBP in action


Friday 8 August 2014

Nasharuddin Tantawi Yang Pemalu Tetapi Memalukan


Ahli Parlimen Temerloh, Nasharuddin Tantawi dilihat sebagai antara pemimpin Pas yang "pemalu" kerana tidak pernah bersuara di Parlimen memperjuangkan isu-isu rakyat atau mendedahkan apa-apa salah laku yang melibatkan UMNO dan BN. Malah di ketika rakan-rakannya, pemimpin muda daripada PKR dan DAP sentiasa bangkit dengan satu demi satu isu serta pendedahan demi pendedahan, suaranya menyokong juga hampir tidak kedengaran.

Beliau nampaknya selesa menjadi watak yang diam, kaku dan pasif saja. Namun, di sebalik watak "pemalu" menyerang UMNO dan BN itu, suaranya menyerang rakan sendiri dalam PR boleh dianggap berbisa juga. Walaupun tembakannya kali ini hanyalah peluru kapur, malah bakal ditembak balik pula, tetapi alangkah baiknya jika beliau turut melatih dirinya untuk menyerang musuh yang sebenarnya.

Sebelum ini beliau bangga menjadi antara pemimpin Pas yang miskin, lalu tanpa diminta oleh sesiapa mengisytiharkan kedudukannya yang tidak berharta apa-apa sebelum pilihanraya lalu, tetapi apabila kemudian diketahui sudah memiliki kereta mewah Vellfire sebaik bergelar YB, kecaman dan serangan terhadapnya oleh ahli Pas sendiri mulai meningkat.

Lebih dahsyat lagi, ketika Haji Hadi Awang terlantar sakit di Turki, Nasharuddin juga merintih kesedihan kerana mendakwa tidak mampu dari segi kewangan untuk menziarahi presiden partinya sendiri yang dirawat di sana, sebaliknya hanya mampu menitipkan doa agar cepat sembuh saja.

Tindakan beliau itu mendapat persendaan paling banyak sehingga ada yang menyarankannya menjual saja kereta mewah yang dimilikinya itu jika benar sayang kepada Haji Hadi dan perjuangan Pas yang didukungnya. Beliau juga dibandingkan dengan Ahli Parlimen Sungai Siput, Jeyakumar yang berfahaman sosialis tetapi memilih menjual AP kenderaan yang dimilikinya sebagai Ahli Parlimen untuk membina sebuah jambatan bagi kemudahan penduduk, malah terus menggunakan Volvo lama sebagai kenderaan seharian.

Ketika demam Piala Dunia sedang berlangsung, beliau pernah merayu agar diadakan gencatan senjata dalam menyerangnya serta menumpukan kepada pertandingan bolasepak yang sedang berlangsung. Malangnya, selepas itu pun beliau tetap selesa berdiam diri meski serangan, kecaman dan persendaan terhadapnya sentiasa ada.

Dalam usahanya mempertahankan kedudukan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, Nasharuddin semalam bersuara meluahkan kononnya berlaku ketidakadilan kerana Khalid dibantai berkaitan Lebuhraya Kidex sedangkan Lim Guan Eng tidak dikata apa-apa berhubung Projek Lebuhraya Tunnel di Pulau Pinang yang menelan belanja RM4.6 bilion yang juga disakwaya dilakukan secara rundingan terus.

Meskipun lim Guan Eng sudah memberi tenpoh 24 jam kepada Nasharuddin untuk meminta maaf dan menarik balik dakwaannya atau berhadapan tindakan saman, beliau nyata tergolong dalam specis "bodoh" apabila bercakap soal tersebut, selain fakta yang disebutnya juga adalah tidak tepat.

Dalam usahanya mempertahankan Khalid, atau lebih tepat lagi sebenarnya hanya mempertahankan Haji Hadi Awang yang sebelum itu mahu Khalid terus dikekalkan, cuba mengheret sama DAP adalah tidak kena sama-sekali. Kalau nak sokong, cium tangan Khalid atau peluk pipi Haji Hadi sekali pun, buatlah tapi jangan libatkan orang lain.

Fakta yang disebutkan Nasharuddin bahawa Lebuhraya Tunnel dilakukan secara rundingan terus juga tidak betul kerana projek itu sebenarnya melalui tender terbuka dan syarikat yang terpilih adalah kerana menawarkan harga terendah sekali.

Penentangan terhadap Lebuhraya Kidex juga bukan kerana ia runding terus tetapi adalah kerana ia projek UMNO yang diberikan kepada peguam UMNO dan bekas Ketua Hakim Negara yang dipercayai ada kaitan dengan sumbangan mereka memastikan kerajaan PR di Perak tumbang pada 2009 dahulu, selain bantahan daripada penduduk sendiri.

Kalau benar juga Nasharuddin ingin bercakap soal rundingan terus, beliau tidak seharusnya melihat di Pulau Pinang sebagai fokusnya kerana sebagai pimpinan Pas, beliau seharusnya melihat banyak juga projek balak dan tanah di Kelantan sejak berpuluh tahun lalu turut dilakukan secara rundingan terus.

Tegur dan buatlah perbandingan dengaan kerajaan Pas terlebih dahulu, itu lebih afdal dan banyak pahalanya lagi daripada mengaitkannya dengan Pulau Pinang.

Dalam membandingkan Khalid yang mahu ditukar, beliau juga menyamakannya dengan senario ketika Anwar Ibrahim dipecat pada 1998 dahulu. Menurut beliau, jika ketika Anwar dipecat dahulu, Pas menghulurkan sokongan, maka tiada bezanya dengan sokongan yang diberikan kepada Khalid sekarang.

Sekali lagi, beliau terlihat naif. Membandingkan Khalid dengan Anwar amatlah tidak kena. Anwar dipecat kerana dianggap mengancam kedudukan Mahathir, lalu kemudiannya direka pelbagai dakwaan, fitnah dan keburukan mengenainya demi menghalalkan hukuman terhadapnya. Pelbagai dakwaan yang dihebahkan melalui media sebaik Anwar dipecat tidak lebih sebagai propaganda, malah ketika tuduhan liwat dibuat juga didapati kondominium yang dikaitkan belum siap lagi sehingga kemudian terpaksa diubah tarikhnya.

Anwar pula dalam pemilihan UMNO sebelumnya, mendapat sokongan hampir 100 peratus sebagai orang nombor dua dalam parti dan kerajaan. Tetapi Khalid, janganlah nak menang Timbalan Presiden PKR, bertanding Ketua Cabang Kuala Selangor pun kalah. 

Khalid pula ingin ditukar kerana tidak relevan lagi berikutan mentadbir negeri secara solo dan membelakangkan PR dalam banyak isu besar. Hubungannya yang mesra dengan UMNO secara tiba-tiba menjadikan sudah menjadi seperti gunting dalam lipatan kepada PKR dan PR.

Khalid juga mulai melakukan perkara-perkara yang meragukan sejak kebelakangan ini, terutama berkaitan hutangnya berjumlah RM70 juta yang tiba-tiba selesai. Beliau juga didakwa menganugerahkan projek dan tanah secara runding terus kepada tokoh korporat yang dikaitkan sebagai orang tengah yang membantu menyelesaikan hutangnya.

Tidakkah apa yang dilakukan Khalid ini bertentangan dengan dasar keadilan dan ketelusan yang diperjuangkan oleh PR selama ini? Kalau Nasharuddin menyoal tentang runding terus, Khalid juga melakukan perkara yang sama. Maka itu, menukarnya adalah wajar jika PR ingin terus kekal di Selangor dan terus mempunyai harapan menawan Putrajaya.

Perlakuan seperti Nasharuddin inilah yang sebenarnya banyak memalukan Pas. Beliau "pemalu" menyerang musuh yang sebenarnya tetapi penampilannya seringkali memalukan dan menjadikannya jauh tertinggal sebagai pemimpin muda yang berwibawa jika dibandingkan rakan-rakan seangkatannya walaupun pernah menjadi Ketua Dewan Pemuda Pas sebelum ini.

Sumber : http://shahbudindotcom.blogspot.com/2014/08/nasharuddin-tantawi-yang-pemalu-dan.html?spref=fb&m=1




Tuesday 29 July 2014

Islam tidak berdiri dengan semangat tetapi Islam berdiri dengan PEMAHAMAN.

Prinsip-prinsip sistem politik Islam terdiri daripada beberapa perkara di antaranya:


Musyawarah

Prinsip pertama dalam sistem politik Islam ialah musyawarah. Asas musyawarah yang paling utama adalah berkenaan dengan pemilihan ketua negara dan orang- orang yang akan menjawat tugas-tugas utama dalam pentadbiran ummah. Asas musyawarah yang kedua pula adalah berkenaan dengan penentuan jalan dan cara perlaksanaan undang-undang yang telah dimaktubkan di dalam al-gur'an dan al Sunnah. Asas musyawarah yang seterusnya ialah berkenaan dengan jalan -jalan menentukan perkara- perkara baru yang timbul di kalangan ummah melalui proses ijtihad.

Ke'adilan

Prinsip kedua dalam sistem politik Islam ialah keadilan. Ini adalah menyangkut dengan ke'adilan sosial yang dijamin oleh sistem sosial dan sistem ekonomi Islam. Ke'adilan di dalam bidang bidang sosioekonomi tidak mungkin terlaksana tanpa wujudnya kuasa politik yang melindungi dan mengembangkannya.

Di dalam perlaksanaannya yang luas, prinsip ke'adilan yang terkandung dalam sistem politik Islam meliputi dan menguasai segala jenis perhubungan yang berlaku di dalam kehidupan manusia, termasuk ke'adilan di antara rakyat dan pemerintah, di antara dua pihak yang bersengketa di hadapan pihak pengadilan, di antara pasangan suami isteri dan di antara ibu bapa dan anak anaknya.

Oleh sebab kewajiban berlaku 'adil dan menjauhi perbuatan zalim adalah merupakan di antara asas utama dalam sistem sosial Islam, maka menjadi peranan utama sistem politik Islam untuk memelihara asas tersebut.

Pemeliharaan terhadap ke'adilan merupakan prinsip nilai-nilai sosial yang utama kerana dengannya dapat dikukuhkan kehidupan manusia dalam segala aspeknya.

Kebebasan

Prinsip ketiga dalam sistem politik Islam ialah kebebasan. Kebebasan yang dipelihara oleh sistem politik Islam ialah kebebasan yang berteraskan kepada ma'ruf dan kebajikan.

Menegakkan prinsip kebebasan yang sebenar adalah di antara tujuan-tujuan terpenting bagi sistem politik dan pemerintahan Islam serta asas asas bagi undang -undang perlembagaan negara Islam.

Persamaan

Prinsip keempat dalam sistem politik Islam ialah persamaan atau musawah. Persamaan di sini terdiri daripada persamaan dalam mendapat dan menuntut hak-hak, persamaan dalam memikul tanggungjawab menurut peringkat -peringkat yang ditetapkan oleh undang-undang perlembagaan dan persamaan berada di bawah taklukan kekuasaan undang -undang.

Hak Menghisab Pihak Pemerintah

Prinsip kelima dalam sistem politik Islam ialah hak rakyat untuk menghisab pihak pemerintah dan hak mendapat penjelasan terhadap tindak tanduknya. Prinsip ini berdasarkan kepada kewajiban pihak pemerintah untuk melakukan musyawarah dalam hal hal yang berkaitan dengan urusan dan pentadbiran negara dan ummah. Hak rakyat untuk disyurakan adalah bererti kewajipan setiap anggota di dalam masyarakat untuk menegakkan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran. Hak ini dalam pengertian yang luas juga bererti hak untuk mengawasi dan menghisab tindak tanduk dan keputusan-keputusan pihak pemerintah.

Prinsip ini berdasarkan kepada firman Allah yang mafhumnya:

"Dan apabila ia berpaling (daripada kamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya, dan merosak tanaman tanaman dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan." (Al-Baqarah: 205)

"..maka berilah keputusan di antara manusia dengan 'adil dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah. Sesungguhnya orang orang yang sesat daripada jalan Allah akan mendapat 'azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan." (Sad: 26)

Tujuan Politik Menurut Islam

Tujuan sistem politik Islam ialah untuk membangunkan sebuah sistem pemerintahan dan kenegaraan yang tegak di atas dasar untuk melaksanakan seluruh hukum syari'at Islam. Tujuan utamanya ialah untuk menegakkan sebuah negara Islam atau Darul Islam.

Dengan adanya pemerintahan yang mendukung syari'ah, maka akan tertegaklah al Din dan berterusanlah segala urusan manusia. Menurut tuntutan-tuntutan al Din tersebut.

Para fuqaha Islam telah menggariskan sepuluh perkara penting sebagai tujuan kepada sistem politik dan pemerintahan Islam.

1. Memelihara keimanan menurut prinsip-prinsip yang telah disepakati oleh 'ulama' salaf daripada kalangan umat Islam
2. Melaksanakan proses pengadilan di kalangan rakyat dan menyelesaikan masalah di kalangan orang-orang yang berselisih
3. Menjaga keamanan daerah-daerah Islam agar manusia dapat hidup dalam keadaan aman dan damai
4. Melaksanakan hukuman -hukuman yang ditetapkan syara' demi melindungi hak -hak manusia
5. Menjaga perbatasan negara dengan pelbagai persenjataan bagi menghadapi kemungkinan serangan daripada pihak luar
6. Melancarkan jihad terhadap golongan yang menentang Islam
7. Mengendalikan urusan pengutipan cukai, zakat dan sedekah sebagai mana yang ditetapkan oleh syara'
8. Mengatur anggaran belanjawan dan perbelanjaan daripada perbendaharaan negara agar tidak digunakan secara boros ataupun secara kikir
9. Mengangkat pegawai-pegawai yang cekap dan jujur bagi mengawal kekayaan negara dan menguruskan hal ehwal pentadbiran negara
10. Menjalankan pergaulan dan pemeriksaan yang rapi di dalam hal ehwal awam demi untuk memimpin negara dan melindungi al Din.

Sumber : http://drmindailmu.blogspot.com/2009/08/prinsip-prinsip-utama-sistem-politik.html?m=1

Sunday 6 July 2014

'Orang lapar akan jadi orang yang marah'

5:00PM Jul 5, 2014

  • Sebagai wartawan yang pernah menghasilkan laporan khas mengenai masyarakat gelandangan yang bertajuk 'Berbumbung Langit', dan memenangi pula beberapa anugerah nasional antara tahun 2010 hingga2011 untuk laporan itu, saya terpanggil untuk memberikan pandangan mengenai isu masyarakat gelandangan di Malaysia.

    Saya yakin, hanya golongan yang pernah meluangkan masa bersama golongan ini akan memahami sebab individu ini tersisih sehingga ke jalanan. Jika tidak, pandangan bahawa individu gelandangan terdiri dari penagih dadah dan juga pendatang asing hanyalah satu andaian.

    Berdasarkan kajian saya , golongan penagih dan pendatang ini hanya meliputi kurang 10 peratus daripada bilangan warga gelandangan, manakala yang selebihnya adalah insan biasa yang terhimpit dengan cabaran hidup sehingga tersisih ke jalanan dan tidak mampu bangkit kembali.

    Berikut adalah hasil kajian saya yang boleh membantu orang ramai lebih memahami mengenai golongan gelandangan terutamanya pihak berkuasa:

    Siapakah golongan gelandangan?

    Mereka terdiri daripada individu yang sedang bekerja di beberapa tempat dengan gaji yang tidak seberapa. Ianya tidak cukup untuk menyewa rumah ataupun bilik kerana pendapatan terpaksa dihantar ke kampung halaman.

    Ada juga golongan warga emas yang tersisih dari keluarga atas pelbagai sebab. Ada juga mereka yang cacat anggota badan, namun mahu hidup berdikari tanpa mahu menyusahkan keluarga serta remaja yang lari dari rumah datang dari beberapa lokasi luar Kuala Lumpur, namun terpaksa hidup di jalanan kerana gagal mencari pekerjaan. Dan sebilangan kecil dari golongan gelandangan ini terdiri daripada mereka yang mempunyai masalah psikiatri.

    Gelandangan malas bekerja?

    Berdasarkan kajian saya, kebanyakkan mereka amat terdesak untuk mencari pekerjaan. Namun kerana faktor umur yang sudah meningkat, mereka hanya mampu mendapat pekerjaan tidak tetap.

    Saya juga pernah menghabiskan masa dengan sekumpulan tujuh orang pemuda serta seorang wanita bersama seorang anak kecil menjadikan kawasan di bawah tiang bendera di Dataran Merdeka sebagai tempat tinggal.

    Apabila hujan terpaksa berlari masuk ke tempat letak kereta bawah tanah di sana. Disebabkan berstatus bekas banduan, kumpulan pemuda ini langsung tidak mendapat pekerjaan tetap untuk  membolehkan mereka menyewa tempat tinggal. Akhirnya memutuskan untuk hidup di jalanan buat sementara waktu, dengan keyakinan akan mendapat pekerjaan tetap pada suatu hari nanti. Pejam celik, sedar tidak sedar, kumpulan ini sudah hidup di jalanan selama lebih satu tahun, dan tidak mampu mendapat pekerjaan tetap.

    Gelandangan tak layak terima bantuan?

    Golongan ini tidak berdaftar sebagai golongan miskin untuk melayakkan mereka mendapat bantuan yang telah disediakan kerajaan.

    Golongan gelandangan ini seolah-olah tidak wujud di Malaysia. Namun selepas laporan saya bertajuk 'Berbumbung Langit' disiarkan, kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita Dan Masyarakat telah menyediakan 'Anjung Singgah' pada tahun 2011 yang bertindak sebagai pusat sehenti untuk mendaftar golongan gelandangan dan cuba mencari pekerjaan bersesuaian dengan mereka termasuk kerja di ladang, di restoran serta juga kilang.

    Operasi menangkap dan kemudiannya menghantar mereka ke pusat perantara untuk memberi mereka latihan dua minggu dalam bidang pertanian dan kraftangan, mungkin bukan penyelesaiannya.

    Mengapa sukar mendapat pekerjaan?

    Apabila seseorang individu hidup bergelandangan, bermakna dia sudah tidak mempunyai tempat bersih untuk bermalam dan menyimpan barang keperluannya seperti pakaian, berus gigi dan sebagainya.

    Cara membersihkan diri serta mencuci pakaian adalah di tempat awam biasanya di waktu malam. Dan individu itu seperti juga insan lain sudah pastinya memerlukan makanan paling kurang pun dua kali sehari.

    Namun apabila bekerja di sesuatu tempat, tempoh bulan yang pertama amat mencabar kerana mereka terpaksa bekerja dan ‘berlakon’ sebagai orang lain yang mempunyai tempat tinggal tetap dan terurus.

    Cuba bayangkan apabila individu gelandangan ini balik dari tempat kerja, tempat tidurnya sudah diambil orang lain, atau ketika sedang tidur barang-barang berharganya seperti pakaian dan kasut sudah hilang dicuri?

    Bagaimana dia hendak ke tempat kerja pada keesokan harinya? Begitu juga dengan makanan. Tanpa wang pendahuluan, bagaimana dia hendak mengisi perutnya? Justeru mereka akan kembali ke kehidupan asal dan juga terus mengharapkan makanan percuma di berikan NGO dan membuat kerja dengan pendapatan tidak tetap.

    Justeru, kesimpulan yang boleh dilemparkan terhadap mereka dari jauh adalah, mereka adalah pemalas dan suka makan percuma.

    Sebaliknya, golongan ini perlu diberikan pekerjaan yang boleh menawarkan tempat tinggal serta memberikan mereka wang pendahuluan untuk membeli bekalan makanan, sekurang-kurangnya di bulan yang pertama mereka bekerja. Namun bukan mudah untuk mencari pekerjaan seperti itu.

    Makanan percuma beri keburukan?

    Tanpa makanan percuma yang disediakan akan menyebabkan ramai individu yang kelaparan. Dalam keadaan lapar, manusia akan berada dalam keadaan terdesak untuk melakukan apa sahaja termasuk jenayah demi kelangsungan hidup, terutamanya golongan seperti bekas banduan.

    Mereka dengan begitu bersungguh-sungguh ingin memulakan hidup baru yang bersih. Apabila ada makanan disediakan, sekurang-kurangnya ada kudrat untuk mereka berfikir cara untuk mencari rezeki halal. Malah saya pernah merakamkan dengan lensa kamera sendiri, golongan ini terpaksa menggeledah tong sampah di belakang beberapa restoran segera bagi mencari sisa makanan.

    Bagi kita jijik, namun bagi mereka ianya rezeki halal yang bukan datang dari hasil mencuri atau merompak. Dan mereka juga tidak mengemis.

    Mewujudkan ‘zon sifar gelandangan’ dan menjauhkan aktiviti memberi makanan percuma dari pusat bandaraya hanya akan meningkatkan risiko jenayah. Jangan kerana Menteri bertanggungjawab ingin menjaga imej Kuala Lumpur sebagai bandaraya yang bersih mengusir jauh gelandangan, tetapi sebaliknya jenayah pula meningkat kerana individu lapar ini terdesak mendapatkan sumber bagi mengisi perut mereka.

    Jangan kita lupa pada bidalan bahawa 'orang yang lapar akan menjadi orang yang marah'. Kegiatan memberi makan percuma bukan sesuatu yang mudah. Pada setiap hari yang telah ditetapkan, walau hujan atau ribut melanda, mereka akan berada di lokasi yang sama untuk mengisi kelaparan golongan gelandangan.

    Perlu diingatkan, pengedaran makanan percuma ini sebenarnya bukan hanya membantu mengisi perut kosong golongan gelandangan sahaja, tetapi juga golongan miskin tegar yang ada tempat tinggal turut datang untuk mendapatkan makanan panas dan berkhasiat yang dimasak dan dibungkus dengan penuh keikhlasan.

    Jika saya tidak berada bersama kumpulan NGO ketika itu, untuk melihat sendiri pengedaran makanan percuma, tidak mungkin saya akan dapat memahami perkara ini. Kita perlu membuka mata, telinga dan hati seluas-luasnya untuk mendengar suara dan rintihan golongan ini daripada asyik menghukum mereka dari jauh.

    Dan penting juga untuk pihak berkuasa mengetahui, pengemis dan gelandangan adalah dua golongan dan isu berbeza. Jangan cuba hendak wujudkan satu mekanisme yang sama untuk mengendalikan kedua-dua isu ini. Kerana tindakan itu hanya akan mendiskriminasi dan menekan golongan yang benar-benar memerlukan bantuan.


    Puspavathy Ramaloo adalah bekas wartawan kanan stesen TV3.

Tuesday 1 July 2014

JINGGA 13 SELAR TINDAKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.

Kenyataan Media
Jingga13 Malaysia

1 Julai 2014

JINGGA 13 SELAR TINDAKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TERHADAP PROFESSOR DATUK DR RIDHUAN OTHMAN SEBAGAI PEROSAK AKADEMIK DAN TIDAK BERTAMADUN

Jingga 13 Malaysia menyelar tindakan Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah menekan Professor Datuk Dr Redzuan Othman meletakkan jawatan sebagai Pengarah Pusat Kajian  Demokrasi dan Pilihanraya (UMCEDEL) sebagai satu tindakan perosak akademik dan tidak bertamadun serta tidak bersikap professional dan mengikut telunjuk UMNOBN. 

Tindakan Kementerian Pelajaran Malaysia yang sudah pasti disokong oleh Menteri Pelajaran Malaysia adalah merupakan tindakan desperado terhadap Professor Datuk Dr Redzuan Othman yang pasti didalangi oleh UMNOBN yang sanggup mencabul kebebasan akademik dan dibayangi oleh kebodohan segelintir pihak.

Adalah menjadi kerugian kepada Universiti Malaya dan Negara apabila perkhidmatan Redzuan sebagai dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) universiti itu juga tidak disambung mulai semalam 30 Jun 2014, walaupun dikatakan masih mendapat sokongan daripada rakan-rakan pensyarah di fakulti berkenaan.

Malah beliau telah menunjukkan prestasi yang membanggakan  dengan meletakkan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) Universiti Malaya (UM) sebagai antara yang terbaik di negara serta mempunyai rekod cemerlang pernah dinobatkan sebagai dekan terbaik dan cemerlang di Univeriti Malaya.

Ketelusan,professional dan kejayaan kajian yang terbaik oleh UMCEDEL di bawah pimpinan Professor Datuk Dr Redzuan Othman meletakkan Universiti Malaya sebagai sebuah universiti yang dihormati dan disegani serta mengangkat prestasi Universiti Malaya sebagai universiti yang berprestij dan berkualiti. 

Tan Sri Muhyiddin Yassin selalu Menteri Pelajaran yang sewajarnya meletakkan jawatan dan bertanggungjawab terhadap tindakan 'sampah' demi survival UMNOBN semata-mata dan bukan di atas prinsip professional demi mengangkat kredebiliti dan prestasi mutu akademik negara bukan memberikan tekanan kepada Professor Datuk Dr. Rezuan Othman untuk meletakkan jawatan.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator 
JINGGA 13 Malaysia

Monday 30 June 2014

Pemecatan Sebagai Amaran Kepada Ahli Akedemik Supaya Pertahankan Umno.


KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
30 JUN 2014

Berita pemecatan serta merta Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel) tidak mengejutkan tetapi tetap mengecewakan dan tidak wajar.

Penyingkiran secara melulu bertujuan memberi amaran kepada semua ahli akademik bahawa kebebasan mereka akan berakhir semata untuk mempertahankan kepentingan UMNO. Dalam pentadbiran yang rakus ini, kebebasan mengkritik adalah hak mutlak kepada mereka sasarannya adalah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat atau mereka yang kritikal terhadap UMNO-BN.

 Penghukuman yang cukup pantas ini akan menimpa mereka yang menyokong apa-apa pandangan atau pendapat yang kelihatan kritikal terhadap UMNO apatah lagi yang memihak kepada pembangkang.

Nasib yang sama juga telah menimpa pakar ekonomi terkenal Prof Jomo KS, profesor sains politik Prof Dr P. Ramasamy dan pakar perlembagaan dan undang-undang Dr Aziz Bari tidak lama dahulu. Dan hari ini kita lihat ia menimpa Prof Redzuan yang telah terbukti menunjukkan prestasi akademik dengan profesional dalam bidang penyelidikan yang menuntut objektiviti lengkap dan kebebasan.

Amat jelas bahawa keputusan untuk tidak menyambung tempoh Profesor Redzuan sebagai Pengarah UMCedel amat tidak wajar. Beliau sekali lagi menjadi mangsa penguasa angkuh yang enggan melihat sarjana bersikap bebas dan berani.

Saya ingin mengingatkan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato Seri Idris Jusoh bahawa kuasa pelantikan dan pemecatan bukannya mutlak dan tindakan terbaru ini bukan sahaja melanggar kebebasan akademik malah pengkhianatan terhadap harapan rakyat terhadap peningkatan mutu dan kedudukan institusi pengajian tinggi.

ANWAR IBRAHIM

Wednesday 25 June 2014

UMNO berpolitik untuk mempertahankan kuasa ekonomi peribadi dan kroni.

Semenjak kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU12 kita melihat semakin galak munculnya NGO-NGO yang memakai jubah 'hijau' berjanggut dan berserban untuk menyuarakan 'garis Melayu'. Kita terbaca nama Perkasa, Jati, Jaringan Melayu dan paling baru Isma. Ini hanyalah nama-nama NGO yang sempat kita ingati. Walhal ada puluhan malah ribuan lagi NGO jenis Melayu yang diwujudkan oleh akhbar jala - Penyebar Fikiran Rakyat.

Apabila 52 peratus warga Malaysia menolak United Malays National Organisation dan Pakatan Rakyat memenangi seluruh undi popular di Tanah Melayu dan di Sabah dan Serawak – maka NGO-NGO Garis Melayu ini semakin kuat raungannya. Siang malam mereka mendodoi dan meroyan kerana tuan mereka sedar bahawa kalau tidak dengan penipuan yang dirancang oleh SPR – parti United Malays National Organisation telah terkambus.

Tanpa penipuan SPR dalam PRU13 negara Malaysia pasti telah terlepas dari cengkaman Rosmah dan Najib. Tanpa SPR menipu dalam PRU13 Malaysia telah kembali dimiliki oleh rakyat untuk menjadi sebuah negara yang lebih adil dan lebih demokratik untuk keselesaan anak semua bangsa.

Tetapi apakah sebenarnya NGO Melayu Islam ini? Kenapa mereka meraung? Bagaimana boleh kita memahami NGO ini? Siapa tuan NGOini? Dan apa peranan NGO Melayu Islam ini?

Sekali lagi saya wajib menerangkan kepada pembaca yang budiman bahawa politik ialah ekonomi. Tujuan berpolitik ialah untuk merampas kuasa politik. Dengan kuasa politik segala punca ekonomi akan dapat dimiliki.

Pakatan Rakyat berpolitik kerana mahu mendapatkan punca-punca ekonomi negara ini. Dengan menguasai punca ekonomi Pakatan Rakyat berkemungkinan mengagih-agih punca ekonomi ini dengan lebih adil kepada orang ramai.

Manakala United Malays National Organisation berpolitik untuk mempertahankan kuasa ekonomi yang mereka miliki. Dengan kuasa ekonomi yang ada dalam tangan, parti ketuanan Melayu bersama konco-konconya boleh merampok dan menjarah ekonomi negara tanpa halangan atau dakwa-dakwi. Dengan kuasa politik parti ketuanan Melayu ini dapat memperkayakan kroni dan anak bini mereka. Dengan kuasa ekonomi parti ketuanan Melayu ini dapat membeli kuasa politik, mengupah polis dan SPR untuk mempertahankan kuasa mereka.

Justeru pertembungan Pakatan Rakyat dengan United Malays National Organisation ialah perebutan punca ekonomi. Jika ada si polan yang gagal memahami perkara asas ini maka si polan ini akan gagal memahami apa itu politik dan apa itu politik di Malaysia. Gagal memahami asas ekonomi maka akan gagal memahami asas politik. Politik ialah manifestasi ekonomi. Berpolitik bertujuan untuk merangkul dan memiliki punca ekonomi.

Agama, bangsa, bahasa – semua ini – bukan kemudi politik. Agenda ini muncul dan atau dilahirkan hasil dari pertembungan perebutan ekonomi. Justeru, jika kita terus melihat agama, bangsa, bahasa sebagai kemudi politik Malaysia maka kita memiliki pandangan salah. Politik di Malaysia, malah di mana-mana pun politik dalam dunia ini semua dikemudikan oleh ekonomi.

Malah, dalam persidangan OIC atau muktamar Nahdatul Ulama atau muktamar Muhammadiah di Indonesia atau muktamar PAS saban tahun,yang menjadi kemudi perbincangan ialah ekonomi. Pelbagai parti politik Islam atau pertubuhan Islam ini berbincang dalam muktamar mereka untuk mencari jalan memperbaiki taraf ekonomi ummah. Pemimpin parti akan bermuktamar dan bertekad untuk mengeluarkan ummah dari lembah kemiskinan.

Amerika menyerang Iraq dikatakan kerana 'senjata pemusnah' yang dimiliki oleh Saddam Hussein. Tetapi dunia tahu Amerika datang menyerang kerana minyak. Minyak ialah punca ekonomi. Obama datang ke Kuala Lumpur untuk memaksa Najib menanda tangani perjanjian TPPA. Perjanjian TPPA ini ialah perjanjian ekonomi.

Justeru suara dari Perkasa atau dari Isma walau pun bunyinya Melayu, walaupun bunyinya Islam tetapi di belakang Melayu dan Islam ini ialah perebutan ekonomi.

Penganut fahaman Isma atau penganut fahaman Perkasa mengeluarkan kenyataan rasis anti-Cina kerana ekonomi. Pengikut NGO ini melihat secara jelas dengan mata kepala mereka bahawa Orang Cina di Malaysia ini lebih kaya. Orang Cina lebih berwang, lebih senang kehidupan mereka dari orang Melayu. Orang Cina memiliki kota perniagaan, harta orang Cina dalam bandar bernilai tinggi, bangunan dan gedung perniagaan hampir dalam semua kota, pekan dan bandar dimiliki oleh orang Cina.

Jika dibandingkan antara orang Melayu dengan orang Cina, amat jelas orang Cina lagi kaya. Pandangan ini bukan satu pandangan salah.

Ahli Isma dan Perkasa melihat hakikat wujudiah ekonomi yang terpampang di mata mereka maka lahirlah kenyataan awal bahawa Orang Cina di Malaysia ini adalah kaum pendatang. Dari kaum pendatang, kini orang Cina telah ditakrif oleh Isma sebagai kaum penceroboh. Kebencian terhadap Cina itu ialah kebencian kerana ekonomi dan kekayaan di Malaysia ini tidak menjadi milik ahli Isma dan ahli Perkasa.

Kemarahan Isma ini adalah kemarahan ekonomi yang dimanifestasikan dalam bahasa rasis. Ini sama seperti apa yang telah berlaku di Jerman pada tahun-tahun sebelum meledaknya Perang Dunia Kedua. Sebelum Perang Dunia Kedua, ekonomi Jerman malah ekonomi Eropah semuanya dimiliki dan dinaungi oleh kaum Yahudi. Malah dari sinilah lahirnya fahaman Nazi yang ingin mengembalikan hak Jerman kepada Jerman.

Pandangan Nazi dan rasisme khususnya di Jerman, dan umumnya di Eropah, berlatar belakangkan kekuatan parti Komunis, parti Sosialis dan gerakan kaum buruh. Ketika ini Sosialis Rusia dilihat sebagai negara contoh dan menjadi idaman kaum buruh di seluruh Eropah dan dunia. Maka garis politik kiri dan parti Komunis dianggap sebagai musuh utama yang menghalang kelahiran Bani Aryan – kaum kulit putih yang seharusnya menjadi tuan untuk dunia.

Sayugia dingatkan bahawa di belakang parti Nazi Hitler adalah taikun dan tuan-tuan pemilik bank, tuan pemilik kilang besi, tuan pemilik kilang kereta dan tuan pemilik syarikat gergasi. Kaum industrialis Jerman dan para taikun inilah yang memelihara Hitler dan mereka yang sewaktu dengannya.

Apa yang ingin saya gambarkan, wujudnya persamaan apa yang berlaku di Jerman pada tahun-tahun 1930-an dengan apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang. Apakah kenyataan saya ini keterlaluan? Apakah kenyataan saya ini tidak berpijak di bumi nyata?

Mari saya terangkan agar kita semua tidak mengambil sikap yang salah terhadap Isma atau Perkasa. Memang ramai akan ketawa apabila nama Ibrahim Ali disebut. Watak Tok Heng ini dilihat sebagai badut politik. Ramai yang yakin bahawa tidak ada apa-apa yang tersimpan antara dua telinga Tok Heng. Tok Heng dianggap sebagai katak. Awas!

Begitu juga dengan Isma yang dianggap lebai kampung yang mencari makan dengan menjual agama. Ahli Isma adalah mereka yang gagal dalam persekolahan lalu maka mereka berhijrah ke Timur Tengah untuk jadi tok Lebai. Sebenarnya pandangan ini mungkin tepat dan mungkin salah tetapi awas!

Hitler juga adalah seorang pelajar yang gagal untuk memasuki sekolah seni di Vienna. Kerana gagal dalam bidang seni Hilter menjadi soldadu. Pencapaian tertinggi Hitler hanya ke tahap tok sarjan. Tetapi awas dan waspada siapa di belakang Hitler, siapa di belakang Tok Heng dan Isma. Inilah yang wajib difahami.

Setelah PRU-12 pada 2008 berlangsung, saya amat yakin telah ada perbincangan yang teratur – perbincangan tentang taktik dan strategi untuk mempertahankan kuasa politik United Malays National Organisation. Ini mungkin perbincangan tertutup yang hingga ke hari ini tidak diketahui siapa yang hadir. Mustahil perbincangan ini tidak wujud. Saya amat yakin ianya telah berlaku malah bukan satu perbincangan sahaja. Besar kemungkinan satu 'badan' atau satu ' jawatankuasa kerja' telah dimunculkan.

Ingati kembali sejarah bagaimana Khalid Samad telah mengakui yang dia telah terlibat dalam perbincangan sulit pada malam pertama eatelah Pakatan Rakyat mendapat lima buah negeri pada tahun 2008. Khalid dijemput untuk berbincang dengan Pak Lah dalam usaha untuk menubuhkan kerajaan campuran ketuanan Melayu dengan parti PAS. Ini bukan fitnah. Ini fakta sejarah.

Perancangan ini wujud kerana pada hakikatnya sesudah PRU12 United Malays National Organisation telah bungkus. Maka dari sinilah munculnya strategi: Melayu/Islam/raja. Secara dirancang kita lihat bagaimana Hasan Ali yang kecewa tidak dapat menjadi menteri besar Selangor telah muncul dengan agenda karipap basi yang dipanggilnya Melayu, Islam dan raja.

Melayu, Islam dan raja ini sedang dijaja oleh Jati, Perkasa dan Isma. Tiga perkara ini disadur pula dengan hak keistimewaan Melayu. Dan sekali sekala tiga perkara ini akan dililit pula dengan Perlembagaan Persekutuan.

Apa sebenarnya raja, Islam dan Melayu ini? Siapa sebenarnya di belakang Isma dan Perkasa ini? Jika kita rajin, sila baca kembali sejarah kebangkitan Hitler di Jerman. Lihat dan fahami bagaimana di belakang retorik Bani Aryan yang berkulit putih bermata biru adalah kaum pemodal yang merasa tergugat oleh sokongan ampuh kaum buruh terhadap parti Komunis.

Jangan terperanjat di belakang Hilter yang dikatakan anti-Yahudi itu ialah kaum Zionis sendiri yang melihat projek Aryan Hitler ini akan membawa manfaat. Apakah kita hairan apabila dibocorkan bahawa Ibrahim Ali yang anti Cina juga pernah menjadi lembaga pengarah syarikat Vincent Tan. Dan siapakah agaknya di belakang Genting dan empat nombor ekor? 



sumber :  http://www.malaysiakini.com/columns/265139

Tuesday 24 June 2014

Bekir hadiahkan Ferrari pada anak 8 tahun.

  • Ahmad Fadli KC | 12:34PM Jun 24 2014     Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib Mahmud hari ini memberitahu mahkamah yang beliau membelikan anaknya, Raden Murya sebuah kereta Ferrari sewaktu anaknya itu berusia lapan tahun.   
  • Bercakap pada perbicaraan tuntutan mutaah RM100 juta terhadap beliau oleh bekas isterinya, Bekir berkata kereta itu dibeli kerana anaknya itu terlalu minatkan kereta Ferrari.
  • Kereta itu yang dibeli atas namanya kemudian ditukar kepada nama anaknya sendiri selepas beliau cukup umur 18 tahun.
  • "Sejak anak kecil, dia minat Ferrari jadi saya telah belikan Ferrari kepadanya.

    "Dulu beli masa dia kecil, saya beli atas nama saya, sekarang saya alihkan atas nama anak," katanya sewaktu disoal peguam beliau, Datuk Seri Zainul Rijal Abu Bakar di Mahkamah Tinggi Syariah hari ini.

    Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah kemudiannya, Bekir berkata kereta itu adalah sebuah Ferrari Modena 370 terpakai dan dibeli pada tahun 2001 dengan harga RM950,000.

    "Dari awal lagi saya beritahu beliau itu adalah keretanya, dan apabila beliau berusia 18 tahun saya tukar nama kepada namanya," katanya kepada pemberita.

    Selain daripada kereta itu, Bekir pada 3 Jun lalu memberitahu mahkamah yang beliau membelikan Shahnaz tiga buah kereta mewah untuk digunakan - Mercedes S Class dengan anggaran harga RM800,000, BMW X5 (RM600,000), dan pacuan empat roda Jeep Cherokee (RM500,000).

    Beliau juga mengaku membelikan sebuah banglo berharga RM2 juta untuk Shahnaz dan anaknya di Damansara dengan pinjaman bank sebanyak RM1.5 juta.

    Pada Januari lalu pula Shahnaz mengaku menerima nafkah kewangan sebanyak RM7,000 sebulan dari tahun 2001 sehingga tahun 2006.

    Ia kemudian dinaikkan kepada RM10,000 sebulan pada tahun 2007 dan pada tahun 2008 sehingga Ogos 2011 ia dinaikkan lagi kepada RM12,000 sebulan.

    Bagaimanapun, nafkah itu dihentikan selepas mereka bercerai pada Mei 2011 dan tempoh edahnya habis pada bulan Ogos 2011.

        Sumber : Malaysiakini

Sunday 22 June 2014

Siapa benarkan Vincent Tan bina kasino kedua negara?

 
PUCHONG: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoal kelulusan yang diberi pihak berkuasa kepada jutawan Vincent Tan(gambar) untuk membangunkan pusat kasino kedua terbesar di Malaysia.

“Sekarang ni saya nak tahu siapa yang taja? Siapa yang taja selain Vincent Tan dan mengapa cadangan ini dengan yakin diketengahkan? Siapa yang bagi laluan.

“Kerana kita bantah, cukup dengan keadaan sekarang ni,” katanya ringkas dalam sidang media yang dipetikKeadilan Daily.

Vincent Tan sebelum ini dilapor membuat pelaburan RM3 bilion untuk membina sebuah kasino di Berjaya Hill, Pahang dan kononnya akan membangunkan kawasan itu sebagai pusat pelancongan bertaraf dunia serta terbesar di Malaysia.

Jika dibina, ia adalah pusat kasino kedua terbesar di Malaysia selepas Genting Highland.

Dalam satu laporan yang dipetik dari The Business Times, pihak berkuasa juga meluluskan pelan pembangunan kasino terbabit, bahkan Vincent sudah merancang memohon lesen operasi bagi pusat kasino di sebuah resort yang dimiliki syarikatnya, Berjaya Corporation.

Namun, kelulusan itu bercanggah dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Bharom yang menyifatkan Malaysia adalah negara Islam dan bukannya negara sekular ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew di Parlimen, baru-baru ini.

Saya tak pakai sangat kenyataan Datuk Seri Jamil ni sebab itu kenyataan politik. Kata negara Islam, tapi kelulusan diberi dengan yakin dalam perkara itu walaupun kita tak tahu siapa yang meluluskannya.

“Jadi ini masalah, sebab cadangan kasino baru ini sebenarnya turut ditolak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng,” katanya. – HARAKAHDAILY, 22/6/2014

Saturday 21 June 2014

Kronologi Pembunuhan Warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu adalah kes pembunuhan berprofil tinggi yang berlaku di Malaysia. Di dalam kes ini, seorang rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu dibunuh secara kejam di kawasan berdekatan Shah Alam, Selangor, Malaysia. Enam orang ditahan dan disiasat berhubung dengan kejadian ini. Kes ini berprofil tinggi kerana ia melibatkan Abdul Razak Baginda, seorang yang rapat dengan perdana menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Pembunuhan

Altantuya Shaariibuu telah dijumpai secara ngeri di lokasi antara lot 12843 dan lot 16735, Mukim Bukit Raja, berdekatan Shah Alam, Selangor di antara pukul 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006. Mayatnya ditemui pada 7 November 2006 iaitu 17 hari selepas dia diletupkan dengan bahan letupan C4.
Lokasi itu berdekatan dengan Empangan Tasik Subang. Beliau merupakan model sambilan dari Ulan Bator, ibu negara Mongolia, utara China. Cebisan mayat Altantuya ditemui bertaburan berhampiran Empangan Tasik Subang di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah Alam, Selangor.
Pakar patologi mengesahkan cebisan mayat itu milik Altantuya dan disyakki dibunuh dengan letupan C4 iaitu probable blast related injuries (kecederaan berkaitan letupan).
Enam orang ditahan termasuk Abdul Razak Baginda Cif Inspektor Azilah Hadri (30 tahun) dan Koperal Sirul Azhar Umar (35 tahun). Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dari Unit Tindakan Khas. Dua lelaki penyiasat persendirian (45 dan 35 tahun ) disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengugut. Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid meluluskan permohonan polis bagi menahan reman dua bekas anggota polis itu dan kini ditahan di Ibu pejabat Polis Kontinjen Malaysia.
Seorang Cif Inspektor dari Unit Tindakan Khas, seorang Lans Koperal wanita dari Kontinjen Polis Petaling Jaya dan seorang konstabel turut ditahan reman 7 hari. Mereka ditahan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kes bunuh.
Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mengesahkan beliau telah meminta bapa, ibu dan anak Altantuya yang menetap di Ulan Bator, Mongolia untuk datang ke Malaysia bagi memberi keterangan dan ujian darah DNA.
Para pegawai pendakwa raya daripada Jabatan Peguam Negara, anggota Jabatan Forensik Bukit Aman serta pegawai Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) membuat pemeriksaan semula di Empangan Subang, Puncak Alam, Shah Alam , Selangor.

Razak Baginda

Abdul Razak Baginda dikatakan mempunyai hubungan intim dan sulit dengan Altantuya. Beliau merupakan seorang penganalisis politik yang begitu prolifik di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Analisis beliau tentang isu-isu politik dan pertahanan di Afghanistan, Iraq dan Palestin diterima umum sebagai pendapat atau senada dengan pendapat rakyat Malaysia.
Razak Baginda yang berumur 46 tahun, menjadi ketua institut pemikir tempatan direman selama 5 hari kerana menculik dan berniat mengurung Altantuya. Jika disabit kesalahan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan, beliau boleh dipenjara sehingga 7 tahun dan dekenakan denda.
Rumah Razak Baginda di Bukit Bandaraya dan di Damansara Height digeledah oleh pihak polis bagi mendapatkan sebarang maklumat. Pasport, komputer riba, komputer peribadi dan beberapa barangan peribadi lain telah diambil untuk dianalisis.
Peguam Razak Baginda ialah Datuk Muhammad Shafee Abdullah memantau barang-barang yang diambil oleh pihak polis.
Pada 11 November 2006, Razak Baginda dimasukkan ke Wad Kecemasan , Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat asma dan penimbunan cecair dalam paru-paru selepas mengadu sakit dada.Kini dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari HKL dengan kawalan polis.
Pada 16 November 2006, Abdul Razak Abdullah Baginda dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.Razak didakwa bersubahat membunuh Altantuya, 28, dengan Cif Inspektor Azilah Hadri, 30, dan Konstabel Sirul Azhar Umar, 35, dari Unit Tindakan Khas (UTK) di pejabatnya di Tingkat 10, Bangunan Getah Asli, No. 148, Jalan Ampang di sini antara pukul 9.54 pagi dan 11.05 pagi, 18 Oktober 2006.
Razak didakwa di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 kanun yang sama. Jika disabitkan dengan kesalahan, Abdul Razak boleh dihukum gantung sampai mati.
Pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Majistret Aizatul Akmal Maharani pada kira-kira pukul 12.47 tengah hari disaksikan oleh ahli keluarga Abdul Razak termasuk ibu bapanya, isteri yang merupakan seorang peguam, Mazlinda Makhzan dan anaknya, Rowina, 19 tahun.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Salehuddin Saidin dan Noorin Badaruddin manakala Abdul Razak diwakili dua peguam bela, Datuk Muhammad Shafee Abdullah dan M. Puravelan.

Altantuya mengugut

17 Oktober 2006 Altantuya datang ke rumah Abdul Razak di Damansara. Altantuya telah buat kecoh dan polis telah membawanya ke Balai Polis Brickfield. Altantuya berhenti di kaunter depan dan seperti hendak membuat laporan polis. Ang Chong Beng mengheret Altantuya keluar dahulu dan buat perundingan yang menguntungkan ' menang menang' terlebih dahulu.
Altantuya telah menuntut USD500,000 dan tiga tiket penerbangan ke Mongolia daripada Abdul Razak. Tuntutan itu ketika Balasubramaniam, penyiasat persendirian Ang Chong Beng dan Balasubramaniam berada di luar Balai Polis Brickfield antara jam 11.00 - 12.00 malam. Altantuya menuntut wang itu selepas Ang Chong Beng memujuk Altantuya tidak membuat laporan polis mengenai Abdul Razak. Balasubramaniam setuju akan memaklumkan kepada Abdul Razak dan akan memaklumkan semula kepada Ang Chong Beng melalui telefon jika ada perkembangan lanjut.
19 Oktober 2006 sekitar 7.20 malam Altantuya dan 2 teman wanita melintasi rumah Abdul Razak di Damansara. Altantuya datang dengan teksi tapi tidak berhenti. Balasubramaniam yang berkawal di rumah Abdul Razak , telah menelefon Abdul Razak.
Ketika itu Abdul Razak tiada di rumah kerana keluar berbuka puasa dan meminta supaya Balasubramaniam mengawasi rumahnya. Dia hendaklah menghantar SMS jika Altantuya datang ke rumahnya.
Setengah jam kemudian ( 8.00 ) Altantuya datang semula dengan teksi seorang diri, tanpa 2 teman wanita lain.
Altantuya telah bercerita dengan Balasubramaniam tentang 'nasib malang'nya . Abangnya suruh ugut Abdul Razak konon menebus apartmen di Mongolia yang dipertaruhkan dalam perjudian. Ibunya mengidap mengidap penyakit barah dan terlantar di hospital. Altantuya memberitahu dia tiada wang untuk membayar bil-bil penginapan di Hotel Malaya.
Altantuya marah-marah di depan pagar rumah Abdul Razak dengan kata-kata: "You bastard, come out I want to see." Tapi Abdul Razak tak keluar-keluar.
Selepas kecoh, Altantuya dibawa pergi dengan kereta peronda polis tanpa paksaan, tetapi sukareka masuk ke dalam kereta peronda polis. Polis itu membuat satu panggilan telefon, tapi tak tahu kepada siapa.
Polis itu memberitahu Balasubmaniam bahawa Altantuya akan dibawa pergi. Selepas Altantuya bertanya, Balasubmaniam memberitahu dua lelaki itu ialah saudara Abdul Razak ( sepatutnya polis). Kemudian beritahu polis akan tangkap dia. Dia sendiri pergi ke kereta Proton Wira dan duduk di bahagian belakang. Wanita di depan kereta itu beralih tempat ke belakang. Lelaki di belakang beralih tempat ke depan kereta.
Abdul Razak berkata 'ok' apabila Balasubramaniam memaklumkan melalui telefon bahawa Altantuya dibawa oleh polis.
Pemandu teksi berang kerana Altantuya tidak bayar RM150.00 seperti dijanjikan. Polis yang menaiki Wira hanya membayar RM50.00 dan 100.00 lagi mintalah daripada Balasubramaniam. Esoknya baki tambang itu dibayar oleh Subramaniam.
Abdul Razak tahu kehadiran Altantuya di hadapan rumahnya malam itu dan minta Balasubramaniam 'melayan' sehingga 'orang-orangnya' sampai. 'Orang-orangnya' itu ialah Azilah Hadri dan Sirul Azhar. Altantuya dibawa dengan Proton Wira merah oleh dua anggota polis itu.
20 Oktober 2006 jam 2.00 - 3.00 petang Balasubramaniam menemui Abdul Razak di pejabatnya bagi menuntut baki bayaran perkhidmatan Rm2000.00 lagi.
Balasubramaniam tanya Abdul Razak di mana Altantuya ditahan tapi dia tanya balik soalan yang sama dan meneka di mana Altantuya ditahan. Balasubramaniam meneka Altantuya mungkin ditahan di Balai Polis Travers atau penjara Cawangan Khas di Jalan Ipoh.
20 Oktober 2006 jam 11 malam Ang Chong Beng, Uuriintuya Gal Ochir dan Namiiraa Gerelmaa datang ke rumah Abdul Razak di Damansara dan menjerit-jerit "Altantuya dikurung dalam rumah, bebaskan Altantuya".
Kemudian seorang inspektor polis telah datang setelah Ang menelefon polis dan melaporkan misteri kehilangan Altantuya.
21 atau 22 Oktober 2006 : Abdul Razak menghubungi Balasubramaniam untuk membuat laporan polis di Balai Polis Brickfield.
Abdul Razak tidak pernah mengupah Balasubramaniam untuk membunuh atau mencederakan Altantuya.Tetapi suruh 'tunggu' sehingga Altantuya kehabisan wang dan dengan sendiri balik ke Mongolia. Malahan Abdul Razak tidak mahu sebarang perkara tidak diingini berlaku kepada Altantuya.
Abdul Razak ada memberitahu Balasubramaniam bahawa Abdul Razak akan ke Hong Kong 24 Oktober 2006 iaitu Hari Raya Aidil Fitri pertama, anaknya Roweena Abdul Razak dan isterinya Mazlinda Makhzan akan ke London pada 25 Oktober 2006, hari raya kedua. Lantaran itu Abdul Razak merasakan laporan polis tidak perlu kerana akan mengganggu tugasnya itu.
Perkhidmatan Balasumbramaniam ditamatkan secara tiba-tiba oleh Abdul Razak kerana Suras Kumar ( pembantu Balasubramaniam) terlalu rapat dengan Altantuya dan dua rakannya.
Abdul Razak memberitahu Balasubramaniam nombor bilik Hotel Malaya tempat Altantuya menginap.
1 November 2006 : Balasubramaniam dipanggil oleh ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk sesi kawat cam dan diberitahu tentang pembunuhan Altantuya.
Selepas itu Balasubramaniam memaklumkan kepada Abdul Razak bahawa Altantuya telah dibunuh. Padahal tugasnya telah ditamatkan pada 26 Oktober 2006. Abdul Razak menghantar ugutan sms ( forward) daripada Amy .(saudara Altantuya)
Antara 26 Oktober 2006 hingga 7 November 2006, Balasubramaniam menelefon Abdul Razak beberapa kali berhubung Altantuya tetapi Abdul Razak menyatakan dia sendiri tidak tahu.
Balasubramaniam telah direman ( ditahan) dua kali ( 3 hari dan 7 hari ) oleh Mahkamah Majistret bagi membantu suasatan.

Pakatan bunuh

Prosiding dimulakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 18 Jun 2007. Lebih 100 saksi akan dipanggil dan jika tiga tertuduhn sabit kesalahan, hukuman gantung sampai mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pendakwaan kes ini amat bergantung kepada keterangan langsung, keterangan ikut keadaan, keterangan pakar, keterangan saintifik, keterangan dokumenteri, pengakuan tertuduh kedua kepada pegawai atasannya dan beberapa keterangan lain di samping mengaitkan beberapa barang kes yang dijumpai.
Abdul Razak Abdullah Baginda, 46, dituduh bersuhabat dengan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar . Abdul Razak didakwa membuat pakatan dan rancangan bunuh di Tingkat 10, Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang, Kuala Lumpur antara 9.54 pagi dan 10.05 pagi pada 18 Okt 2006.
Pakatan bunuh dengan cara letupan C4 diadakan di Wilayah Persekutuan antara 9.54 pagi pada 18 Okt dan 9.45 malam pada 19 Okt 2007.

Rentetan peristiwa

Pada Ogos 2005 hubungan intim Abdul Razak dengan Altantuya terputus tetapi masih memberi wang kepada Altantuya apabila dituntut.
Januari 2006, Abdul Razak mula enggan melayan tuntutan wang itu , lantas Altantuya terdesak ke Malaysia beberapa kali untuk menuntut sendiri daripada Abdul Razak.
8 Oktober 2006 Altantuya ke Malaysia ditemani dua teman wanita dari Mongolia untuk menemui Abdul Razak di pejabat tapi Abdul Razak enggan ditemui. Altantuya meninggalkan nota-nota .
Altantuya melantik penyiasat persendirian untuk mencari alamat rumaj Abdul Razak. Altantuya dikatakan mengugut akan mengancam nyawa Roweena Abdul Razak (anak Abdul Razak) jika tuntutan wang gagal.
Akibat enggan melayan tuntutan dan karenah Altantuya Abdul Razak melantik B Balasubramaniam seorang pegawai penyiasat persendirian bagi mengekori Altantuya, mengawal rumahnya (Abdul Razak) untuk mengelak daripada terus diganggu . Namun Altantuya terus mengganggunya.
Selepas Azilah menemui Abdul Razak, Azilah membawa pembantunya Sirul Azhar ke lobi Hotel Malaya di mana Altantuya menginap. Sekeping nota tercatat nama penyiasatan persendirian yang dilantik Abdul Razak, alamat hotel Altantuya dirampas di pejabat Abdul Razak.
Abdul Razak enggan menemui Altantuya di pejabatnya . Lalu Altantuya ke rumah Abdul Razak di __ dan Altantuya mahu buat laporan polis.
Sebelum itu, Abdul Razak melalui Balasubramaniam Perumal,penyiasat persendiriannya menasihati Altantuya tidak membuat laporan polis kerana akan menjejaskan reputasinya.Abdul Razak juga mahu pihak Imigresen menghantar simati pulang tetapi tidak berjaya.

Pembebasan

Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan Azilah dan Sirul Azhar daripada pertuduhan membunuh Altantuya. Tiga anggot panel hakim iaitu Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengetepikan hukuman mati yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas membenarkan rayuan mereka terhadap pensabitan dan hukuman.Hakim Datuk Md Apandi Ali mengetuai panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut.
Bagaimanapun, penghakiman itu dibacakan oleh Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat yang memutuskan berlaku penyalaharahan yang serius oleh hakim Mahkamah Tinggi dalam mensabitkan mereka. Ia termasuk tidak memanggil DSP Musa Safri, dan kegagalan untuk mengemukakan diari balai polis yang menyatakan bahawa Azilah (kiri) berada di Bukit Aman pada masa berkenaan. Seorang lagi anggota panel hakim tersebut ialah Datuk Linton Albert. Azilah diwakili oleh peguam Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar, manakala peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican mewakili Sirul.
Timbalan Peguamcara Negara III, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah mengetuai pasukan pendakwaraya yang turut dianggota DPP Manoj Kurup dan Noorin Badaruddin.
Dalam penghakiman, mahkamah mengemukakan lapan alasan bagi pembebasan Azilah dan Sirul Azhar. Menurut Hakim Tengku Maimun:
  • mengenai alibi pembelaan Azilah Hadri, mahkamah tidak menemui mana-mana dalam alasan penghakiman hakim perbicaraan yang beliau telah menimbangkan sama ada diari stesen menunjukkan atau cenderung menunjukkan tentang kehadiran Azilah pada masa berkenaan dan dia tidak akan boleh atau tidak mungkin berada di tempat kejadian jenayah.
  • Melihat kepada keadaan keseluruhan kes ini, pertimbangan kami ialah kesan kumulatif bukan arahan oleh hakim perbicaraan yang bijaksana itu menjadikan sabitan perayu tidak selamat. Kami sebulat suara membenarkan kedua-dua rayuan ini.
  • Mahkamah mendapati Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yasin tidak membuat sebarang dapatan mengenai sama ada pihak pendakwa telah membuktikan mengenai kewujudan perancangan awal oleh dua anggota polis itu untuk melakukan pembunuhan dan pembunuhan itu dilakukan rentetan daripada perancangan awal itu. Ketiadaan dapatan sebegitu oleh hakim perbicaraan yang bijaksana mengenai ramuan niat bersama yang membawa kepada penyalaharahan dengan cara tanpa arahan.
  • Mengenai log panggilan dan ramalan liputan, beliau berkata mahkamah mendapati keterangan oleh tiga saksi daripada beberapa syarikat telekomunikasi telah membawa kepada isu kebolehpercayaan dan ketepatan log panggilan dan ramalan liputan.
  • Amat penting untuk hakim perbicaraan menumpukan pada cabaran dibangkitkan oleh pihak pembelaan mengenai eksibit dan untuk membuat dapatan sama ada terdapat pindaan atau gangguan terhadap data dan sama ada ketulenan data boleh dipersoalkan atau tidak.Apa yang dikesalkan, hakim mahkamah tinggi gagal berbuat demikian, yang dalam penghakiman kami adalah penyalaharahan yang serius sehingga tidak boleh bergantung kepada eksibit itu yang dikatakan tidak kukuh.
  • Mahkamah memutuskan hakim perbicaraan juga tidak memberi perhatian dan tidak memeriksa sama ada wujud percanggahan dan ketidakkonsistenan keterangan saksi-saksi pendakwa.
  • Hakim perbicaraan juga tidak memeriksa kredibiliti saksi-saksi pendakwa dan tidak memberi perhatian sama ada Azilah dan Sirul Azhar telah menimbulkan keraguan mengenai ketepatan kenyataan mereka mengikut Seksyen 27 Akta Keterangan 1950.
  • Hakim perbicaraan tidak memikirkan sama ada penemuan tempat jenayah dan barangan kemas si mati adalah hasil daripada maklumat diberikan oleh dua anggota polis itu dan bukannya daripada sumber lain.
  • Mendapati berlaku keadaan tanpa arah oleh hakim perbicaraan apabila gagal menilai keterangan sebelum menerima kenyataan itu mengikut Seksyen 27.
  • Mahkamah mendapati tiada sebarang keterangan untuk menunjukkan sebarang kaitan antara selipar dengan kesan darah Altantuya yang ditemui dalam jip Sirul Azhar, dengan beliau (Sirul Azhar).
  • Pihak pendakwa tidak menutup jurang dalam kesnya dalam isu itu.
  • Serupa juga dengan katrij yang ditemui dalam kereta Sirul Azhar yang merupakan tertuduh kedua, mahkamah mendapati wujud jurang dalam kes pendakwa di mana hakim perbicaraan gagal memberikan perhatian.
  • Akhir sekali, mahkamah memutuskan kegagalan pihak pendakwa memanggil atau menawarkan pemeriksaan balas ke atas DSP Musa Safri yang ketika itu pengawal Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mungkin mencetuskan inferens berbeza di bawah Seksyen 114 (g) Akta Keterangan, terhadap pihak pendakwa.
  • "Ingin dinyatakan, dengan tidak memanggil DSP Musa, mengenai fakta kes ini, sedangkan keterangan DSP Musa amat penting untuk mendedahkan naratif bahawa kes pendakwa berdasarkan apa,"
Bagaimanapun, pihak pendakwa akan mempunyai peluang untuk merayu di Mahkamah Persekutuan - mahkamah tertinggi di negara ini.


Sumber :  http://ms.wikipedia.org/wiki/Kes_Pembunuhan_ke_atas_Altantuya_Shaariibuu#Biodata_Altantuya