2 October 2014
JINGGA13 HASUT RAKYAT BANTAH KENAIKAN PETROL RON95 DAN DIESEL OLEH KERAJAAN UMNOBN,BUKTI DANA NEGARA SEMAKIN KRITIKAL.
Berkuatkuasa 2 Oktober 2014, rakyat digemparkan dengan kenaikan petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen oleh Kerajaan UMNOBN.
Penyelarasan harga RON95 dijual pada harga RM2.30 seliter dan diesel pula RM2.20 dengan alasan pengurangan subsidi sebanyak 20sen sepertimana diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
JINGGA13 Malaysia menganggap Kerajaan UMNOBN sudah semakin "sasau dan tidak siuman" apabila bertindak menaikkan harga petrol RON95 dan diesel sedangkan ketika ini harga petrol dunia telah menurun sebanyak lebih 25% sejak Mac 2014. Malah beberapa negara termasuklah India dan United Kingdom telah mengambil langkah menurunkan harga petrol.
Langkah Kerajaan UMNOBN menaikkan petrol dan diesel adalah satu tindakan yang tidak masuk akal dgn alasan yang dangkal. Gula-gula dengan janji menaikkan
BR1M dalam budjet 2015 tidak akan mampu menyelesaikan masalah jangka panjang rakyat yang sudah pasti mendapat kesan yang tidak akan mampu dikawal daripada kenaikan kos sara hidup khususnya golongan berpendapatan rendah,sederhana dan fakir miskin.
Walaupun apa insentif dan bantuan disediakan oleh Kerajaan UMNOBN kononnya bertujuan meringankan bebanan rakyat hanyalah bersifat retorik dan menyedapkan hati rakyat sedangkan kerajaan UMNOBN sudah pasti tidak akan dapat mampu menghalang kenaikan barang-barang makanan dan keperluan hidup yang bakal berdepan dengan kenaikan berantai.
Kenaikkan petrol,diesel dan LPG adalah bukti Perdana Menteri DS Najib Razak merangkap Menteri Kewangan telah gagal dalam mengurustadbir kewangan dan ekonomi negara sehingga terpaksa mengambil tindakan secara drastik sedemikian rupa.
JINGGA13 Malaysia percaya bahawa tindakan Kerajaan UMNOBN ini adalah membuktikan dana negara semakin kritikal ekoran sikap boros,pembaziran,ketirisan,rasuah dan penyelewengan oleh Kerajaan UMNOBN.
JINGGA 13 Malaysia menghasut seluruh rakyat Malaysia secara solidariti membantah kenaikan petrol RON95 dan diesel oleh Kerajaan UMNOBN. Apa lagi RON95 adalah petrol yang digunakan oleh majoriri rakyat marhean.
Dasar rasionalisasi subsidi kerajaan adalah tidak rasional dan relevan tetapi menjadi dasar menghisap darah rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah,sederhana dan fakir miskin.
Muafakat*Prihatin*Berani
FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA13 Malaysia
No comments:
Post a Comment