Friday, 13 December 2013

Iran dan Khomeini: Apa kata Ibrahim Ali (video)

Yong kira ramai yang terperanjat dengan pendedahan KDN tentang bukti Mat Sabu Syiah. Yong salah seorang daripadanya. Yong terperanjat kerana begitu mudah seseorang menjadi Syiah hanya kerana didengar mengkagumi Khomeini.

Perkara pertama yang menerjah otak Yong ialah "Mujurlah aku bukan pengkagum Khomeini."

Dalam Bab kagum ini Yong amat kagum pada Saidina Umar Ibn Al-Khattab (radiallahu anhu). Tak salah Yong, Lim Guan Eng juga kagum pada Saidina Umar (r.a). Tapi Lim Guan Eng tidak pernah dituduh sudah menjadi Muslim sebagai natijah daripada kekaguman itu.

Aneh sungguh.



BUKTI MAT SABU SYIAH OLEH KDN (TMI)

Jika analogi kekaguman terhadap Khomeini ini digunapakai sebagai pengikut Syiah, maka Ibrahim Ali wajib dipecat dari jawatannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM.

Mana boleh seorang pengkagum Khomeini dan Iran memegang jawatan yang melibatkan pembuatan dasar bagi sebuah institusi "Islamik-Melayu/Bumiputera" milik Kerajaan?

Video ini jelas membuktikan kekaguman Ibrahim Ali kepada Iran dan Khomeini.



Dalam video itu Ibrahim Ali asyik membelek bukunya yang berkulit wajah Khomeini.

Pada minit ke 3.20 dia berkata:

"Honestly... That the Muslim outside Iran really look upon Iran, hope for Iran...Iran is the only last hope for the Muslim"

"Secara jujur ​​... Bahawa Muslim di luar Iran benar-benar memandang ke arah Iran, berharap untuk Iran ... Hanyalah Iran harapan terakhir untuk umat Islam."

Apakah Kerajaan tidak bimbang bentuk pengaruh yang akan menular kepada staff UiTM dan pelajarnya jika Ibrahim Ali dibiarkan kekal sebagai Ahli Lembaga Pengarah universiti itu?

 


BETAPA KAGUMNYA IBRAHIM ALI KEPADA KHOMEINI (
THE STAR)

KDN dan JAKIM jangan jadi hipokrit.

Betapa besarnya kekaguman Ibrahim Ali kepada Khomeini sehingga menulis buku mengenai imam Syiah itu.

Perkara ini amat terang dan nyata.

Siapakah yang menyesatkan??

Hakikatnya dari sudut pegangan politik Mat Sabu "incomparable with" (tiada tandingan dengan) Ibrahim Ali. Mat Sabu ditekan kerana UMNO gerun kepadanya dan ingin menghancurkan PAS. Ibrahim Ali pula dibiarkan berleluasa walaupun jelas mengkagumi Khomeini dan bersikap perkauman.

Pecatlah Ibrahim Ali segera dari jawatan Ahli lembaga Pengarah UiTM jika Kerajaan benar-benar tidak mahu ada pemimpin Malaysia yang menjalin ikatan dan kagum pada pemimpin Syiah.

Jangan lupa ambil juga tindakan kepada orang yang mencadangkan Ibrahim Ali duduk di kerusi Ahli Lembaga Pengarh UiTM itu.



Artikel Penuh: http://www.bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=110062:iran-dan-khomeini-apa-kata-ibrahim-ali-video&Itemid=2#ixzz2nKTNAmF3 

No comments:

Post a Comment