Tuesday, 10 December 2013

'Muafakat Prihatin Berani' bekalan Jingga 13 (NGO) menyusuri banjir.


Sebuah pertubuhan bukan kerajaan atau NGO yang mengelarkan diri mereka sebagai Jingga 13 baru-baru ini telah melancarkan Misi Prihatin Jingga 13 Malaysia bertujuan untuk membantu rakyat yang ditimpa bencana banjir di sekitar kawasan Kuantan, Kemaman dan Johor.

Kumpulan ini yang diketuai oleh seorang aktivis masyarakat Saudara Fariz Musa telah melakukan kerja-kerja amal bagi membantu rakyat yang memerlukan. 

Sesuai dengan motto pertubuhan mereka iaitu Muafakat Prihatin Berani   kumpulan ini telah menjelajah ke beberapa kawasan banjir sekitar Kuantan, Kemaman dan Johor dengan hanya bersandarkan kepada ahli-ahli dan sukarelawan dari cawangan Jingga 13 negeri Pahang, Terengganu dan Johor.

Berbekalkan semangat dan iltizam yang tinggi mereka tanpa kenal penat lelah telah bertungkus lumus membantu memindahkan penduduk yang terperangkap dan mengagihkan makanan serta ubat-ubatan kepada mangsa banjir.

"Adik-adik baju hitam ni banyak membantu keluarga akak, hanya tuhan saja yang dapat membalasnya" kata Puan Sabariah Bt Abdillah dari Kuantan, Pahang yang merujuk kepada ahli Jingga 13 yang kesemuanya berpakaian serba hitam.


Misi Prihatin Jingga 13 buka saja terbatas kepada membantu dari segi perpindahan dan pengagihan makanan tetapi mereka juga membantu mengemas dan mencuci rumah-rumah yang berada di kawasan banjir.



Syabas kepada Jingga 13 Malaysia diatas sifat terpuji membantu rakyat yang dihimpit masalah. 

PK berharap akan ada lebih banyak NGO seperti ini ditubuhkan pada masa akan datang, yang berjuang untuk rakyat tanpa menghiraukan publisiti dalam media arus perdana.

Berikut adalah gambar-gambar yang PK ambil sendiri dan gambar-gambar dari laman twitter dan facebook untuk tatapan pembaca semua.









Kejayaan Misi Prihatin Jingga 13 Malaysia ini bakal mencabar agensi kerajaan pusat dalam usaha membantu rakyat kerana sebagai sebuah NGO yang serba kekurangan dari segi peralatan dan dana mereka masih mampu menjalankan tanggung-jawab sosial kepada masyarakat, apatah lagi jika mereka dibekalkan dengan peralatan dan dana secukupnya seperti agensi-agensi kerajaan.


Pisau Karat

No comments:

Post a Comment