Nigel Aw 3:40PM Mac 7, 2012
Selepas bantuan kebajikan dan subsidi pertaniannya dihentikan kerana didakwa menyokong pembangkang, pekebun kurang upaya Frusis Lebi, hari ini disoal siasat oleh polis.

Ketika dihubungi, Frusis berkat, polis ingin tahu siapa yang mendedahkan surat itu dan bagaimana arahan mengenai pemberhentian bantuan itu disampaikan kepadanya.
"Mereka juga tanya sama ada saya tahu mengapa bantuan saya dihentikan dan mengapa saya membuat laporan polis.
"Saya jelaskan kepada mereka bahawa Mong salahgunakan kuasa dan saya sekarang sangat tertekan kerana dia melanggar hak saya sebagai rakyat Malaysia," kata Frusis.
Tak tahu nak buat macam mana

Ditanya sama ada beliau akan berusaha untuk mendapatkan bantuan berkenaan semula, Frusis berkata: "Saya tidak tahu hendak buat macam mana?"
Sementara itu, ketua DAP cawangan Sri Aman Leon Jimat Donald (kiri)yang membantu Frusis, berkata polis tidak merakamkan kenyataan Frusis tetapi semata-mata hanya mahu melakukan laporan susulan.
"Tiada perubahan yang dibuat kepada laporan polis asal... mungkin mereka harap dengan cara halus mereka boleh memaksanya mengubah laporan, "katanya.
Leon juga mendesak Mong yang merupakan ADUN Bukit Begunan supaya meletakkan jawatan sebagai menteri muda dan juga wakil rakyat kerana enggan menarik balik arahannya itu.
"Ini menunjukkan betapa angkuh dan bongkaknya... ini adalah diskriminasi dan pencabulan hak untuk berpersatuan Frusis '. "

"Setiap orang mempunyai hak-hak demokrasi, begitu juga dengannya dan diri saya, oleh itu saya mestilah adil dan memberi bantuan kepada orang kurang upaya yang lebih layak daripada Frusis," katanya yang dipetik oleh Borneo Post.
Mong, dalam laporan itu, berkata beliau akan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat bagaimana suratnya itu dibocorkan dan mencadangkan pihak pembangkang untuk memberikan bantuan kepada pekebun itu.
Perbuatan tak berperikemanusiaan
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee kesal dengan tindakan Mong yang terus mempertahankan tindakannya menghentikan bantuan kebajikan kepada Frusis.
“Ini adalah suatu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan terhadap OKU.

Beliau juga mempersoalkan nasib rakyat yang jauh di pedalaman yang pasti lebih teruk diugut jika mereka tidak menyokong BN.
“Beginikah cara pemimpin BN menjaga kebajikan rakyat?
“Sanggup melakukan apa saja, demi menjaga kepentingan politik, sampai sanggup mengugut rakyat dengan tindakan yang zalim,” katanya.
Sehubungan itu, Jofri mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya ke atas mereka yang menyalahgunakan kuasa demi kepentingan peribadi.
“Kita harap parti yang memerintah jangan berlaku zalim dan tidak adil keatas rakyat sebab mereka berhak untuk memilih sesiapa saja yang mereka fikir sesuai dan adil untuk jadi pemerintah,” katanya lagi.

No comments:
Post a Comment