Pergi dan balik menaiki bot panjang |
Kami telah mengunjungi Pulau Salak pada minggu lepas. Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau tahap pembangunan di samping menilai segala janji parti pemerintah semenjak Pilihanraya Negeri Sarawak ke 10 April di kampong tersebut. Perjalanan dari Pasir Pandak (Sungai Daun) mengambil masa 15 minit dengan menaiki bot yang disewa khas oleh rombongan kami.
Berikut ialah catatan daripada Laman Internet Komuniti Desa:
Rumah masyarakat Kampung Salak |
Menurut Ketua Kampung Salak, Abu Bakar Gonjing, nama Kampung Salak didapati dari pokok buah Salak. Buah salak yang cukup digemari penduduk di Sarawak amt sinonim dengan Pulau Salak ini.
Sejarah kampung ini diceritakan melalui mulut ke mulut sejak 100 tahun lagi dan diceritakan serba ringkas oleh Abu Bakar Gonjing sebagai penerus kepada cerita turun temurun.
Setelah penduduk di Salak bertambah ramai, pembangunan mula dikecapi oleh penduduk kampung ini dengan bantuan kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Masjid dan sekolah adalah bukti kepada arus perubahan yang dikecapi oleh penduduk di Salak.
Warga emas terpaksa memanjat tangga yang tinggi untuk ke surau atas bukit |
Bekalan elektrik yang dijanjikan sejak tahun 1999 iaitu PRU 10 dahulu belum ada lagi. Begitu juga dengan bekalan air bersih. Penduduk membelanja RM 17 sehari untuk membeli minyak generator iaitu lebih kurang RM510 sebulan. Pihak kerajaan ada memberi subsidi sebanyak RM6.
Di samping menadah air hujan dengan menggunakan tangki biru, penduduk juga menggunakan telaga (well) yang digali beberapa tahun lalu untuk mandi dan keperluan harian. Acap kali juga air telaga dimasuki air laut.
Telaga yang kerap ditengelami air menjadi nadi penduduk |
Padang bola yang ditengelami air |
ZULRUSDI BIN HAJI MOHAMAD HOL
TIMBALAN PENGERUSI
MAJIS PIMPINAN NEGERI SARAWAK
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT
KETUA CABANG PETRA JAYA
PARTI KEADILAN RAKYAT
No comments:
Post a Comment