Showing posts with label Najib Razak. Show all posts
Showing posts with label Najib Razak. Show all posts

Thursday, 17 September 2015

AMK SARAWAK MENGAJAK PENDUKUNG ‘BAJU MERAH’ UNTUK PANDANG KE SARAWAK!

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak membidas keras tindakan penganjur dan peserta demonstrasi ‘Baju Merah’ yang berlangsung dengan penuh sentimen perkauman dan kebencian semalam.

Walaupun kita meraikan hak berhimpun dan hak bersuara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, namun tindakan pihak baju merah tersebut yang hanya bersandarkan kepada isu-isu perkauman wajar dikritik keras kerana ianya mencemarkan hak-hak kemanusiaan tersebut. Sepanjang demonstrasi tersebut dapat diperhatikan pelbagai unsur-unsur perkauman dimainkan dari awal himpunan tersebut. Pelbagai sepanduk dan slogan perkauman dilaungkan. Bangsa Cina juga dijadikan sebagai sasaran utama dengan pelbagai kata-kata hinaan yang boleh menyebabkan perbalahan antara kaum sekiranya tidak dikawal.

Kehadiran ramai pemimpin-pemimpin UMNO Barisan Nasional juga jelas menunjukkan sokongan mereka terhadap sentimen perkauman. Ini menunjukkan Slogan 1 Malaysia yang dilaungkan Perdana Menteri Najib Razak hanyalah omongan kosong dan tidak disusuli dengan sebarang tindakan yang mencerminkan semangat persaudaraan antara kaum!

AMK Sarawak seterusnya mengajak pendokong ‘baju merah’ untuk melihat Sarawak yang mempunyai 28 etnik besar dan hidup secara harmoni sebagai contoh dan rujukan bagi mengetahui maksud sebenar keharmonian. AMK Sarawak berharap agar ianya dapat melahirkan Malaysia yang lebih harmoni dan bebas daripada perkauman! Dengan keadaan ekonomi yang semakin parah sekarang, kita sewajarnya fokus untuk memantapkan ekonomi dan bukannya undur ke belakang dan terperangkap dengan isu perkauman.

AMK Sarawak juga berharap mereka yang hadir semalam agar bermuhasabah diri. Janganlah kita sempitkan pemikiran kita kepada perkauman atas nama pertahankan hak Melayu Islam tetapi dalam masa yang sama menghina bangsa dan agama lain. Melayu yang terbaik adalah Melayu yang Islamis dan bukannya rasis dan Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk menjadi rasis!

Sejajar dengan semangat Hari Malaysia, kita sewajarnya mengukuhkan persaudaraan antara kaum dan memajukan Malaysia ke hadapan!

Malaysia adalah milik semua rakyat Malaysia.


SAIFUNNIZAM SAM
Ketua Penerangan
Angkatan Muda Keadilan Sarawak

Thursday, 19 December 2013

JINGGA 13 BANTAH TINDAKAN KDN GANTUNG AKHBAR MINGGUAN THE HEAT

Kenyataan Media
JINGGA 13 Malaysia

20 Disember 2013

JINGGA 13 BANTAH TINDAKAN KDN GANTUNG AKHBAR MINGGUAN THE HEAT 

JINGGA 13 Malaysia membantah tindakan Kementerian Dalam Negeri mengantung akhbar mingguan The Heat sebagai bukti Kerajaan UMNOBN adalah anti kebebasan media dan bersikap 'kuku besi'. 

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilihat semakin tidak relevan dan mempergunakan kuasa melalui Kementerian Dalam Negeri untuk mengekang amalan demokrasi dan kebebasan media di dalam negara ini sebagai satu signal agar seluruh media di Malaysia wajib tunduk kepada kuasa Kerajaan UMNOBN dan tidak boleh mengkritik atau melaporkan sesuatu yang bersifat profesional,telus dan terbuka.

Ekoran The Heat yang melaporkan artikel berhubung Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri beliau Datin Seri Rosmah yang berjudul "All Eyes On Spending PM Najib" pada November lalu yang mempersoalkan perbelanjaan Perdana Menteri dan isteri beliau , maka The Heat bukan sahaja menerima surat tunjuk sebab oleh Kementerian Dalam Negeri tetapi juga turut berdepan dengan pengantungan permit akhbar mingguan tersebut.

Kementerian Dalam Negeri sewajarnya tidak dipengaruhi atau dikawal oleh mana-mana pihak termasuk Perdana Menteri,Isteri Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri tetapi bersikap terbuka dan profesional.Tidak sebarang tindakan dan kenyataan yang dibuat oleh The Heat yang lihat mengugat keselamatan negara. 

JINGGA 13 mendesak agar Kementerian Dalam Negeri menghentikan tindakan tidak demokratik dan menarik balik penggantungan permit akhbar The Heat. Tindakan Kementerian Dalam Negeri akan terus dilabel sebagai anti demokrasi dan sudah pasti memberikan kesan negatif kepada gerakan kebebasan media. 

Imej Keborosan dan bermewah-mewah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan khususnya steri beliau Datin Seri Rosmah bukan satu yang boleh ditutup oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Kementerian Dalam Negeri. Rakyat wajar mengetahui bahawa di saat rakyat bergelut dgn pelbagai kenaikan , Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor terus memberikan imej negatif kepada rakyat dan negara.  

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

NIKSON ABDILLAH
Koordinator Panatia Tugas-Tugas Khas
JINGGA 13 Malaysia