Tuesday, 21 February 2012

UMNO CEMAS TAHAP KRONIK



Siri ceramah PR kerap diganggu oleh pemuda-pemuda upahan UMNO. Kerana merasakan kedudukan terancam maka mereka sanggup mengupah dan memperkeldaikan pemuda-pemuda kampung demi survival politik mereka.

Pendedahan skandal yang kerap kali dibuat oleh pimpinan PR membuatkan pimpinan tertinggi BN merasa cemas sehinggakan usaha untuk menghalang provokasi tidak dilakukan oleh pihak penguasa yang berada ditapak ceramah. Mungkin keengganan mereka kerana arahan pihak atasan.

Rakyat perlu sedar, jika BN/UMNO telah berkhidmat dengan baik maka UMNO tidak perlu bersusah payah menghalang ceramah penerangan PR. Apa yang berlaku ini menunjukkan pimpinan BN/UMNO takut menghadapi kejatuhan akibat salahguna kuasa yang berlarutan tanpa henti.

Manakala bagi PR, siri ceramah penerangan sebegini akan tetap diteruskan walau seribu halangan dihadapan.

LAWAN TETAP LAWAN !!!

No comments:

Post a Comment