♪ ♫ Bersatu Kita Bersatu, Di Bawah Pemimpin Penipu ♩ ♬ UMNO/BN Terus Mara, Tipu Rakyat Malaysia ♭ ♮ ♯”
Monday, 23 December 2013
Gantung akhbar The Heat bukti sikap kuku besi Kerajaan BN yang anti-kebebasan media.
Thursday, 19 December 2013
JINGGA 13 BANTAH TINDAKAN KDN GANTUNG AKHBAR MINGGUAN THE HEAT
Tuesday, 17 December 2013
Pemegang konsesi tol sudah untung besar kadar sedia ada.
RAFIZI RAMLI
Saya telah menegaskan bahawa cadangan dan alasan kenaikan tol seperti yang dipertahankan oleh Datuk Seri Wahid Omar tidak masuk akal kerana majoriti dari pemegang konsesi adalah dikuasai kerajaan. Malah, syarikat-syarikat ini juga mendapat bantuan kewangan dan subsidi dari kerajaan melaksanakan dan mengendalikan lebuhraya bertol.
Sebab itu, kenyataan Datuk Seri Wahid Omar cuba mengelirukan rakyat apabila beliau membayangkan bahawa Barisan Nasional perlu tunduk kepada syarikat-syarikat swasta yang kononnya memilik syarikat pemegang konsesi, sedangkan hakikatnya syarikat ini kebanyakannya syarikat milik kerajaan.
Saya juga membidas sekeras-kerasnya keangkuhan Datuk Seri Wahid Omar yang memberi kata dua kepada pengguna jalanraya agar tidak menggunakan jalan bertol jika tidak bersetuju dengan kenaikan tol. Walaupun beliau sebelum ini dibayar gaji berjuta ringgit setahun dan sudah tentu tidak memahami kepayahan rakyat di bawah berhadapan dengan kenaikan harga barang, sepatutnya beliau mengambil kira kebajikan rakyat dalam melaksanakan tugas sebagai menteri. Kehadiran menteri-menteri seperti ini membuktikan betapa terpisahnya kabinet Dato’ Seri Najib Tun Razak dari realiti seharian rakyat.
Saya membantah keras cadangan menaikkan kadar tol kerana rekod kewangan syarikat pemegang konsesi menunjukkan mereka telah pun mendapat keuntungan berlipat kali ganda (obscene profits) pada kadar tol sekarang. Setiap kenaikan kadar tol sebenarnya menambahkan lagi keuntungan mereka sedangkan rakyat terus terbeban dengan tekanan ekonomi.
Pampasan yang dibayar oleh kerajaan bukanlah satu bentuk subsidi yang diwar-warkan oleh Barisan Nasional. Subsidi bermakna belanja yang dikeluarkan kerajaan untuk menampung kos sesuatu barangan atau perkhidmatan supaya harganya boleh dikekalkan pada paras yang lebih rendah.
Dalam kes kenaikan kadar tol, jumlah kos yang ditanggung pada kadar tol sekarang pun sudah terlalu rendah hingga memberikan keuntungan yang terlampau tinggi kepada pemegang konsesi. Oleh itu, sebarang kenaikan kadar tol sebenarnya sama dengan kerajaan mencukai rakyat dengan cukai tambahan kerana keuntungan syarikat-syarikat pemegang konsesi yang dimiliki kerajaan ini akhirnya kembali ke kantung Putrajaya untuk diborosi oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak dan kabinetnya.
Analisa keputusan kewangan PLUS Berhad (yang mengendalikan 6 lebuhraya), KESAS Berhad dan LITRAK Berhad (yang mengendalikan Lebuhraya Damansara Puchong dan SPRINT) menunjukkan kadar keuntungan yang melampau telah pun dinikmati oleh pemegang-pemegang konsesi, seperti berikut:
1) PLUS Berhad (keputusan kewangan bagi tahun 2011 dan perincian kos bagi tahun 2010 berdasarkan Laporan Tahunan PLUS)
Jumlah kutipan tol & perolehan (2011) |
RM4.098 bilion |
Jumlah kos menyenggara lebuhraya (mengikut kos 2010) |
RM241 juta |
Jumlah kos penggajian, pentadbiran dan lain-lain (mengikut kos 2010) |
RM397 juta |
Jumlah bersih kos faedah dan pembiayaan kewangan (mengikut kos 2010) |
RM507 juta |
Anggaran keuntungan dari operasi tanpa caj susutnilai 2011 (mengikut kos 2010) |
RM2.953 bilion |
Keuntungan bersih sebelum cukai dengan caj susutnilai (2011) |
RM2.515 bilion |
% untung bersih sebelum cukai ( 2011) |
61% |
Tidak banyak perniagaan di dunia ini yang mencapai peratus untung bersih sehingga 61% seperti yang dicatatkan oleh PLUS Berhad. Melihatkan kepada kos untuk menyenggara lebuhraya hanyalah 6% dari jumlah kutipan tol setiap tahun sudah cukup menunjukkan bahawa kadar tol sedia ada sudah pun terlalu tinggi dan memberikan keuntungan yang berlipat kali ganda kepada PLUS.
2) KESAS
Lebuhraya KESAS mencatatkan keuntungan berganda sehingga 121% secara terkumpul (cumulative annual growth rate atau CAGR) di antara tahun kewangan 2008 hingga tahun kewangan 2012 seperti dilaporkan oleh Maybank Investment Bank Research bertarikh 6 November 2013.
Kadar keuntungan yang naik satu kali ganda dalam tempoh empat tahun ini juga membuktikan bagaimana kadar tol sudah pun terlalu tinggi hingga pemegang konsesi menikmati keuntungan yang meningkat dua kali ganda dalam tempoh hanya 4 tahun.
3) Litrak Berhad yang mengendalikan LDP dan SPRINT (keputusan kewangan bagi tahun 2013 mengikut Laporan Tahunan terkini)
Jumlah kutipan tol & perolehan |
RM369 juta |
Jumlah kos menyenggara lebuhraya |
RM21 juta |
Jumlah kos penggajian, pentadbiran dan lain-lain |
RM29 juta |
Jumlah bersih kos faedah dan pembiayaan kewangan |
RM79 juta |
Keuntungan dari operasi tanpa caj susutnilai |
RM240 juta |
Keuntungan bersih sebelum cukai dengan caj susutnilai |
RM180 juta |
% untung bersih sebelum cukai |
49% |
Seperti juga pemegang konsesi yang lain, Litrak Berhad yang mengendalikan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) menikmati margin keuntungan bersih sebelum cukai yang begitu tinggi pada kadar 49% iaitu lebih tinggi dari industri minyak dan gas. Kos menyenggara lebuhraya juga hanyalah 6% sahaja dari jumlah kutipan tol.
Ini membuktikan bahawa kadar tol sedia ada sudah terlalu tinggi hingga memberikan keuntungan yang berlipat kali ganda kepada pemegang konsesi.
Pada masa yang sama, walaupun kadar tol tidak dinaikkan, jumlah kutipan tetap meningkat dan margin keuntungan kekal tinggi kerana jumlah kenderaan yang menggunakan lebuhraya meningkat saban tahun.
Jadual berikut menunjukkan kadar pertambahan jumlah kenderaan setiap tahun yang dinikmati pemegang-pemegang konsesi besar di Malaysia seperti yang dilaporkan di dalam laporan tahunan masing-masing dan pelbagai analisa lain:
LEBUHRAYA
|
TAHUN
|
JUMLAH KENDERAAN
|
% PENINGKATAN
|
PLUS |
2010
|
417 juta setahun
|
8%
|
LDP |
2013
|
497,000 seminggu
|
3.3%
|
Sprint |
2013
|
237,000 seminggu
|
4.4%
|
KESAS |
2013
|
290,000 sehari
|
5.0%
|
Maju Expressway |
2010
|
78,962 sehari
|
8.1% lebih tinggi dari jumlah mengikut perjanjian
|
Angka-angka yang saya bentangkan secara jelas menunjukkan bagaimana pemegang-pemegang konsesi utama menikmati kutipan tol yang lebih tinggi kerana jumlah kenderaan yang bertambah telah pun melampaui sasaran kenderaan yang digunakan untuk menetapkan kadar tol sedia ada.
Dalam keadaan kos operasi sudah pun rendah (bagi sesetengah lebuhraya kos penyenggaraan tidak sampai 10% pun dari kutipan tol), keuntungan yang dinikmati merupakan antara yang tertinggi berbanding industri-industri lain. Oleh sebab itu, sebarang kenaikan kadar tol menghina rakyat pada kala kerajaan dan pemegang konsesi bermewah dengan keuntungan yang sudah pun terlalu tinggi.
Anwar Ibrahim 'tewaskan' Najib dalam carian 'trending' Google 2013
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menewaskan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang muncul di kedudukan nombor empat.
Meski dihujani dengan pelbagai kontroversi termasuk dengan isu-isu seperti kes liwat,perhimpunan BERSIH dan perhimpunan Black 505 itu tidaklah menjadi penghalang kepada Anwar untuk terus menjadi pilihan utama ‘trending’ di Internet.
Rakan Anwar dalam pakatan pembangkang, Lim Kit Siang pula muncul di kedudukan nombor dua sambil diikuti oleh ahli politik DAP dan blogger politik terkenal, Aspan Alias.
Google Malaysia pada hari ini mengumumkan senarai tahunan Zeitgeist yang memperlihatkan individu, peristiwa juga isu yang menjadi ‘trending’ carian Internet sepanjang tahun ini.
Ketua Komunikasi dan Hal-Ehwal Awam, Google Malaysia, Zeffri Yusof berkata senarai tahunan Zeitgeist ini merupakan ‘barometer budaya’ yang memberi gambaran umum terhadapa peristiwa dan juga trend yang berlaku di Malaysia sepangjang tahun ini.
“Google kini adalah tempat utama rakyat Malaysia untuk mencari segala informasi dan maklumat dan disamping itu juga ianya adalah tempat penerokaan perkara-perkara baru dalam kehidpuan masyarakat seharian,” katanya.
Ahli Politik PRU13 (Topik Trending)
1. Datuk Seri Anwar Ibrahim
2. Lim Kit Siang
3. Aspan Alias
4. Datuk Seri Najib Tun Razak
5. Rafizi Ramli
6. Azmin Ali
7. Husam Musa
8. Tian Chua
9. Tan Sri Taib Mahmud
10. Muhammad Sabu (Mat Sabu)
Berita mula diterbitkan pada: Disember 17, 2013 20:15 (MYT)
Monday, 16 December 2013
Ratusan Warga KL Himpun Di DBKL
20,000 Bantahan Kenaikan Cukai Pintu Dihantar: Ratusan Warga KL Himpun Di DBKL.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyerahkan notis bantahan itu kepada pegawai Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dan menerima cop penerimaan.
Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang, berkata terdapat lebih 20,000 surat bantahan terhadap cadangan kenaikan cukai pintu dihantar menjelang tarikh tutup bantahan esok.
“Kenaikan cukai pintu bagi pemilik hartanah di KL tidak adil dan tidak boleh diterima,” kata Ahli Parlimen Cheras daripada DAP, Tan Kok Wai.
Sunday, 15 December 2013
'Kenaikan cukai melampau menekan ekonomi wargakota'
- Khairil Nizam Khairudin | 9:55PM Dis 14 2013
ULASAN Pihak Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengumumkan kenaikan cukai taksiran yang dipungut melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Ia diumumkan akan berkuatkuasa pada tahun 2014 dengan kenaikan sebanyak 100 peratus hingga 250 peratus setelah 21 tahun cukai tersebut tidak dinaikkan mahupun dikaji semula mengapa ia tidak dinaikkan.
Rentetan daripada pengumuman tersebut, banyak reaksi negatif dapat dilihat sama ada di media perdana mahupun media alternatif. Ini menunjukkan pengumuman tersebut dalam keadaan tergesa-gesa tanpa sebarang kajian mendalam bagi impak kenaikan cukai taksiran tersebut.
KEWANGAN SEMASA DAN KEUNTUNGAN DBKL
Antara fakta perbandingan yang kita perlu akui bahawa, Bajet Selangor ditujukan untuk menangani penduduk yang jumlahnya 3.2 kali lebih besar daripada penduduk Kuala Lumpur, dan perkhidmatannya menjangkaui daerah yang 33 kali lebih luas daripada ibu kota.
DBKL dijangka memperoleh pendapatan RM1.69 bilion iaitu lebih kurang sama dengan Selangor, RM1.63 bilion. Kenaikan pendapatan RM511 juta daripada tahun 2010. Namun, DBKL ingin membelanjakan RM2.19 bilion sebagai perbelanjaan keseluruhan, 34 peratus lebih banyak daripada Selangor yang membelanjakan hanya RM1.63 bilion. Ia membelanjakan RM1.406 bilion untuk perbelanjaan operasi, 41 peratus lebih banyak daripada Selangor yang membelanjakan RM996.68 juta. Emolumen dan perbelanjaan lebih masa mencecah RM442.1 juta bagi DBKL, 19 peratus lebih banyak daripada Selangor yang membelanjakan RM370.5 juta.
Mengenai asas perkapita, DBKL membelanjakan RM907 bagi perbelanjaan operasi bagi setiap penduduk, empat kali lebih banyak daripada Selangor yang membelanjakan RM201. Bagi perbelanjaan operasi untuk setiap kediaman, DBKL membelanjakan RM3,348, hampir lima kali lebih banyak daripada Selangor yang membelanjakan RM738.
Melihat kepada perbelanjaan operasi mengikut keluasan, Selangor membelanjakan RM122,986 bagi satu kilometer persegi berbanding DBKL RM5.79 juta. Dari sudut perbelanjaan pembangunan, Selangor membelanjakan RM633 juta berbanding DBKL RM782.6 juta. Selangor mempunyai bajet yang berimbang, malah dana dalam kantungnya meningkat daripada RM400 juta dalam 2008 kepada RM2.7 bilion.
Adalah jelas berdasarkan statistik di atas, DBKL kurang cekap berbanding Selangor. Daripada meminta lebih banyak wang, DBKL sepatutnya mencari jalan untuk meningkatkan kecekapannya, mengurangkan kos dan pembaziran. Dan ia juga perlu bersikap telus dan bertanggungjawab dalam menunjukkan bagaimanakah wang warga kota dibelanjakan.
Contoh kes projek sakit yang cukup menyedihkan pembayar cukai ialah sebagaimana dibentangkan oleh Laporan Audit Negara berkenaan projek Taman Dusun Bandar di Jalan Bellamy. Projek itu sepatutnya sudah siap sepenuhnya pada tahun 2007 bagi merancakkan Tahun Melawat Malaysia 2007.
Namun, pelaburan lebih RM17 juta itu gagal memberikan hasil terbaik kepada industri pelancongan Kuala Lumpur apabila projek 'sakit' itu tidak membuahkan hasil apabila pokok-pokok buah yang ditanam tidak menjadi dan tidak banyak buah-buahan dan tumbuhan herba hidup subur di taman tersebut.
Projek 'sakit' ini telah didedahkan oleh mantan Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan yang lepas menyatakan projek ini telah diberikan kepada sebuah firma dengan kontral runding terus yang sememangnya menyalahi amalan pemberian kontrak yang sepatutnya dilakukan melalui kontrak tender terbuka. Lebih malang lagi, firma yang memperoleh kontrak ini pula tidak mempunyai pengalaman dalam menguruskan projek berkaitan pertanian.
Inilah amalan pengurusan tidak cekap dan sambil lewa yang diamalkan oleh pihak Kementerian Wilayah Persekutuan melalui DBKL. Hasil cukai sepatutnya diurus dengan lebih cermat, berdisiplin dan berhemah bagi menguntungkan warga kota. Namun, perkara sebaliknya berlaku.
Maka, adakah masih perlu atau wajar dibebankan warga kota dengan kenaikan cukai jika DBKL masih cuai mengurus sumber kewangan yang diperoleh?
PANDANGAN PEMIMPIN UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN
Ketua Umno Bahagian Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, pelarasan tersebut perlu dibuat dalam kadar yang kecil agar warga kota tidak terasa dengan kenaikan itu.
Beliau mengandaikan jika kadar 10 peratus amat memadai kerana jika mengambil contoh seorang pemilik rumah membayar RM200 pada tahun lalu, tahun ini mungkin mereka hanya perlu bayar antara RM220 atau RM230.
Sekiranya jumlah itu dibahagikan dengan 12 bulan, ia hanya kira-kira RM2 sebulan, tetapi jika tahun lepas bayar RM200 dan tahun hadapan RM600, kenaikan itu memang sangat dirasai oleh warga kota.
Manakala, Ketua Umno bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee pula berkata, DBKL tidak wajar menaikkan kadar cukai secara mendadak selepas kadar itu kekal selama 21 tahun.
DBKL juga perlu bertanggungjawab untuk mengatur cara dan tempoh kenaikan cukai kerana tidak semua warga kota terdiri daripada golongan senang.
Berlainan pula bagi Bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Beliau berpendapat langkah pemberian rebat boleh disifatkan sebagai penghargaan kepada warga emas yang telah bersara dan warga kota berpendapatan rendah yang memiliki hartanah di ibu kota. Malah, pemilik rumah kos rendah yang tidak menyewakan kediaman mereka kepada orang lain juga perlu menerima rebat tersebut.
Nyatalah mereka pemimpin Umno Wilayah Persekutuan tidak setuju dengan kenaikan ini dan mengharap adanya alternatif bagi membantu golongan miskin dan berpendapatan sederhana untuk diberi bantuan seperti rebat bagi mengelak mereka tertekan dengan situasi ekonomi semasa.
KESAN KENAIKAN CUKAI TAKSIRAN
Sebagaimana kita maklum, kenaikan ini bersifat menyeluruh iaitu dikenakan kepada setiap kediaman dan premis perniagaan. Hal ini menyebabkan beberapa kesan berangkai yang memberi kesan kepada ekonomi rakyat Wilayah Persekutuan.
1. Inflasi. Jangkaan ini mendapat perhatian ramai ahli ekonomi di negara kita. Ia bukan hanya berkaitan kenaikan cukai taksiran semata-mata, ia juga berkaitan pemotongan subsidi gula, minyak dan kenaikan tarif letrik. Kenaikan tol juga dijangkakan berlaku juga pada tahun 2014 dan kita sedia maklum tol paling banyak adalah di Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Kelang. Maka, inflasi yang berlaku ini akan memberi tekanan ekonomi kepada warga kota yang rata-rata pendapatan bertambah 3-8 peratus sahaja setahun berbanding inflasi yang dijangka antara 12-15 peratus. Bayangkan kenaikan gaji yang tidak setara dengan peningkatan harga barang dan sebagainya, bagaimana pula pihak kementerian begitu tega melihat rakyat membayar cukai taksiran yang dinaikkan secara mendadak?
2. Kos sara hidup yang meningkat. Apabila inflasi meningkat pastinya kos sara hidup sesebuah keluarga akan meningkat. Ini berlaku apabila pemotongan subsidi gula dan pengurangan subsidi beberapa keperluan asas seperti petrol, gas, tepung dan sebagainya menyebabkan pendapatan rakyat mengecil. Ini menyulitkan warga kota yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk meneruskan survival kehidupan.
3. Ini sekaligus memberi tekanan psikologi kepada masyarakat ibu kota. Maka tidak pelik dan tidak hairan jika jenayah berleluasa dan masalah sosial semakin menjadi-jadi di kalangan remaja. Ini tidak lain dan tidak bukan adalah rentetan masalah tekanan jiwa yang dialami apabila dihimpit kesusahan dan kemiskinan. Maka pihak kementerian wajar ambil serius kesan berangkai ini kepada pembinaan tamadun Malaysia.
TUNTUTAN DAN CADANGAN
Justeru, DPPWP ingin membuat beberapa tuntutan dan cadangan kepada pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar untuk isu ini.
Tuntutan-tuntutan kami mewakili warga kota;
1. Kenaikan cukai taksiran ini dibatalkan pelaksanaannya dengan pihak kementerian membuat kajian menyeluruh terhadap impak kenaikkan terutama kepada miskin bandar yang majoritinya berbangsa Melayu.
2. Adakan dialog dan sesi perbincangan dua hala antara pihak kementerian mahupun DBKL dengan seluruh persatuan peniaga-peniaga dan persatuan penduduk di ibu kota bagi memahami masalah yang dialami oleh warga kota sebelum melaksanakan sesuatu dasar yang menjerut pendapatan rakyat.
3. Kecekapan mengurus dan mentadbir kewangan DBKL perlulah ditingkatkan dan lebih efisien bagi memastikan setiap warga kota merasai dan memperoleh hak mereka sebagai rakyat dengan mengelakkan segala ketirisan, kebocoran dan penyelewengan dalam urus tadbir sumber kewangan yang kita maklum milik rakyat yang membayar cukai.
Selain itu, DPPWP mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar bagi menangani isu ini;
1. Jangan ada sebarang kenaikan cukai taksiran kerana DBKL memperolehi lebihan keuntungan setiap tahun walaupun kenaikan yang minimum.
2. Jika DBKL terdesak untuk menaikkan cukai ini, kenaikkan hendaklah minimum iaitu lebih rendah daripada 6 peratus yang dicadangkan bersesuaian dengan kos sara hidup meningkat ekoran kenaikan harga barang dan pemotongan subsidi.
3. DPPWP mencadangkan jangka masa bantahan hendaklah dipanjangkan lebih lama bagi membolehkan orang awam memahami hak mereka sebagai pembayar cukai.
4. Meningkatkan mutu perkhidmatan dan infrastruktur awam di ibu kota supaya warga kota dapat menikmati kemudahan tersebut dengan lebih selesa bersesuaian dengan cukai yang dibayar setiap tahun.
5. Menaikkan cukai taksiran kepada golongan berpendapatan tinggi atau individu/syarikat yang mempunyai nilai hartanah yang tinggi sahaja supaya kekayaan mereka dapat digunakan untuk meningkatkan infrastruktur awam.
PENUTUP
DPPWP berharap memorandum ini diterima dengan baik dengan mempertimbangkan segala cadangan dan tuntutan rasional yang dikemukakan. Ini penting bagi menjaga kebajikan dan kepentingan warga kota yang mempunyai pelbagai latar belakang pendapatan khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
KHAIRIL NIZAM KHAIRUDIN adalah Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP)
Friday, 13 December 2013
Nota Sedih, Amat Sedih Dari Sudut Hati Ahli UMNO
Iran dan Khomeini: Apa kata Ibrahim Ali (video)
Yong kira ramai yang terperanjat dengan pendedahan KDN tentang bukti Mat Sabu Syiah. Yong salah seorang daripadanya. Yong terperanjat kerana begitu mudah seseorang menjadi Syiah hanya kerana didengar mengkagumi Khomeini.
Perkara pertama yang menerjah otak Yong ialah "Mujurlah aku bukan pengkagum Khomeini."
Dalam Bab kagum ini Yong amat kagum pada Saidina Umar Ibn Al-Khattab (radiallahu anhu). Tak salah Yong, Lim Guan Eng juga kagum pada Saidina Umar (r.a). Tapi Lim Guan Eng tidak pernah dituduh sudah menjadi Muslim sebagai natijah daripada kekaguman itu.
Aneh sungguh.
BUKTI MAT SABU SYIAH OLEH KDN (TMI) Jika analogi kekaguman terhadap Khomeini ini digunapakai sebagai pengikut Syiah, maka Ibrahim Ali wajib dipecat dari jawatannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM. |
Mana boleh seorang pengkagum Khomeini dan Iran memegang jawatan yang melibatkan pembuatan dasar bagi sebuah institusi "Islamik-Melayu/Bumiputera" milik Kerajaan?
Video ini jelas membuktikan kekaguman Ibrahim Ali kepada Iran dan Khomeini.
Dalam video itu Ibrahim Ali asyik membelek bukunya yang berkulit wajah Khomeini.
Pada minit ke 3.20 dia berkata:
"Honestly... That the Muslim outside Iran really look upon Iran, hope for Iran...Iran is the only last hope for the Muslim"
"Secara jujur ... Bahawa Muslim di luar Iran benar-benar memandang ke arah Iran, berharap untuk Iran ... Hanyalah Iran harapan terakhir untuk umat Islam."
Apakah Kerajaan tidak bimbang bentuk pengaruh yang akan menular kepada staff UiTM dan pelajarnya jika Ibrahim Ali dibiarkan kekal sebagai Ahli Lembaga Pengarah universiti itu?
BETAPA KAGUMNYA IBRAHIM ALI KEPADA KHOMEINI (THE STAR) |
KDN dan JAKIM jangan jadi hipokrit.
Betapa besarnya kekaguman Ibrahim Ali kepada Khomeini sehingga menulis buku mengenai imam Syiah itu.
Perkara ini amat terang dan nyata.
Siapakah yang menyesatkan??
Hakikatnya dari sudut pegangan politik Mat Sabu "incomparable with" (tiada tandingan dengan) Ibrahim Ali. Mat Sabu ditekan kerana UMNO gerun kepadanya dan ingin menghancurkan PAS. Ibrahim Ali pula dibiarkan berleluasa walaupun jelas mengkagumi Khomeini dan bersikap perkauman.
Pecatlah Ibrahim Ali segera dari jawatan Ahli lembaga Pengarah UiTM jika Kerajaan benar-benar tidak mahu ada pemimpin Malaysia yang menjalin ikatan dan kagum pada pemimpin Syiah.
Jangan lupa ambil juga tindakan kepada orang yang mencadangkan Ibrahim Ali duduk di kerusi Ahli Lembaga Pengarh UiTM itu.
Artikel Penuh: http://www.bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=110062:iran-dan-khomeini-apa-kata-ibrahim-ali-video&Itemid=2#ixzz2nKTNAmF3
Thursday, 12 December 2013
My request to two Sarawak ministers: Stand up and be counted
Francis Paul Siah
Datuk Abang Johari Tun Openg is not known to be a petty type of person. He is considered a veteran now having been in politics for more than three decades, a good part of it as a minister in the Sarawak cabinet.
In fact, I quite like him as a political worker because he is one who prefers to do his work quietly without much fanfare. Neither is he a controversial figure. I consider the Sarawak minister of tourism a friend although we have not communicated on a personal level for years.
In 2011, before the Sarawak state elections, I had even stated publicly that he should be the successor to Tan Sri Abdul Taib Mahmud as Sarawak chief minister, declaring that he was the most acceptable among PBB leaders to take over.
To sum it up, I just have a little more respect for Abang Johari than other PBB leaders because I think he’s more moderate, more disciplined and less corrupt.
That’s why I was quite taken aback when he suddenly became embroiled in a trivial episode in the Sarawak Legislative Assembly last week which unnecessarily caused the indefinite suspension of state opposition leader Chong Chieng Jen.
At one stage of his speech in the august house, Chong retorted that Abang Johari has the demeanour of an Umno politician, as seen in his words and action.
Honestly, I find nothing wrong in Chong’s remark. What is so wrong about likening Abang Johari to an Umno politician? Isn’t it true that Umno and PBB are like sworn brothers in the BN? Why did the minister take exception to that or did he? I’m sure that if Abang Johari were to tell the Sarawak DAP chairman that “he talks like Mao Tse Tung”, Chong would just have a good chuckle over it.
But did Abang Johari really create a fuss over Chong’s statement? It’s unlike him to be so petty. I’m not sure that he did.
The surprising twist to the charade in the assembly was when the Speaker, Datuk Asfia Awang Nasar, signalled to the four ministers present to propose and second a motion to suspend the DAP member.
According to a version, there was a few seconds of confusion following the Speaker’s directive for someone to put forward the motion. Eventually, poor Tan Sri Adenan Satem had to do the “dirty” job to propose while Datuk Wong Soon Koh seconded.
Abang Johari, who was present, did not have the guts to say anything even if he thought that such a motion was unnecessary.
Apparently, Asfia must have received prior instructions from his boss (you know who lah) that the topic or mention of Umno in the assembly is objectionable. When given instructions by his master, the Speaker is known as a very, very obedient servant.
Of the four players in this episode which led to the unjustified suspension of Chong, in my opinion at least, I’m most disappointed with Abang Johari.
He should have the courage to oppose the Speaker’s directive to suspend the opposition leader if he felt there was no necessity to do so. I’m disappointed in you, Abang Jo!
I don’t care if Umno is a taboo subject in Sarawak today. I don’t care if it has become a bad word. Neither do I care who in PBB love Umno and who do not. What I care about is what I can safely assume the majority of Sarawakians are worried about – we don’t want Umno in Sarawak. Period!
Another statement last week from a Sarawakian minister which I took exception to was the one from Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
The deputy home minister has warned politicians to stop politicising the Malaysia Agreement as it was agreed upon 50 years ago and should not be brought up again. Wan Junaidi has expressed concern that any debate on the issue will create ill-will and disrupt unity among Malaysians. He also said that it would be seditious to talk about it.
Firstly, as a Sarawakian himself Wan Junaidi should be ashamed for not having the guts to do something for what is right for his home state. He should know that the voices from Sarawak are growing louder by the day for a review of the Malaysia Agreement.
Wan Junaidi, you didn’t dare speak up for your fellow Sarawakians, yet you requested that they shut up. In case you are not aware, you have lost a lot of respect at home.
Why did you behave like a wimp, sir? Was it your minister, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, who directed you to issue the warning? If so, then I find it most appropriate to repeat what Chong had said of Abang Johari. You talk like an Umno politician, Datuk Wan Junaidi.
I recall that Wan Junaidi was very vocal over many issues when he was a backbencher in parliament. I used to pay attention to him whenever he stood up to say something in parliament in the 90s. Oh yes, he had courage then. It’s true what they say – people change once they are elevated to an important government post.
It’s worse when you are appointed a deputy to a known Umno goon who was widely reported to have “manhandled” a journalist and chased newsmen out of the hall in the midst of a function.
No, Wan Junaidi, you don’t have to kow-tow to Umno people, boss or not. Being a former police officer and a trained lawyer, surely you can do better than that. Rise above your personal and political ambitions. Put the interests of your home state first.
A review of the Malaysia Agreement is important to your fellow Sarawakians. Umno is certainly not!
http://hornbillunleashed.wordpress.com/2013/12/10/54046/
Wednesday, 11 December 2013
Masa aku cakap dulu korang tak percaya kan...? Sekarang rasakan.....
Rakyat negara ini akan dipaksa berhadapan dengan tanggungan beban yang semakin besar mulai tahun hadapan kesan daripada kenaikan kadar tambang LRT dijadualkan naik berdasarkan peningkatan tarif elektrik 15 peratus bermula Januari 2014.
Bagi menghalalkan kenaikan tambang LRT dan monorel ini, SPAD memaklumkan bahawa tambang bagi pengangkutan LRT dan monorel tidak pernah dinaikkan sejak 10 tahun lalu maknanya disebabkan tidak pernah naik maka ianya dibolehkan
Masa nak naikan harga minyak Najib seru rakyat supaya naik pengangkutan awam tetapi sekarang kos tambang pengangkutan pula bakal dinaikan. Alasan apa pula yang bakal Najib berikan selepas ini?
Mungkinkah selepas ini Najib akan seru rakyat kayuh basikal ke pejabat?
Apa yang berlaku ini adalah kesan rantaian tidak langsung yang timbul akibat kenaikan harga petrol dan diesel sebelum ini.
Apabila harga barang-barang lain meningkat, maka beban atau kos hidup akan bertambah juga.
Inflasi seperti ini akan menurunkan taraf hidup rakyat Malaysia kerana tidak ada perubahan dalam pendapatan yang diterima,
Janji-janji Barisan Nasional sebelum PRU13 tidak ditepati, selepas pilihanraya nampaknya rakyat semakin dibebankan dengan pelbagai kenaikan harga barang yang hampir tidak masuk akal.
Pakatan Rakyat telah memberi amaran kepada rakyat Malaysia supaya membuat pilihan secara waras dalam PRU 13 lalu dan baca manifesto PR iaitu Buku Jingga tetapi 47% tidak percaya kepada analisis yang dihujahkan.
Hasilnya, 47% pengundi negara ini termakan tipu muslihat BN dan telah memenangkan komponen itu di 133 kerusi Parlimen, Yang menanggung bebannya adalah seluruh rakyat Malaysia.
Hendak salahkan siapa? Kerajaan yang sewenangnya naik harga barang atau 47% pengundi yang terpedaya dengan tipu muslihat Barisan Nasional?
Cakap pun talak guna! Nasi sudah jadi bubur! Sementara itu tanggunglah bebanan ini sehingga pilihanraya yang akan datang. Kenaikan kos sara hidup yang sedang mendadak naik ini belum sampai ke penghujungnya. akan ada lagi kenaikan dibeberapa sektor yang melibatkan rakyat secara terus.
Tungggguuuuu.........!
Pisau Karat.
Tolonglah, Bukan Salah Rosmah!!
Puji-pujian yang diberikan oleh Perdana Menteri, Najib Razak terhadap isterinya di ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, sekali lagi mendedahkan Rosmah Mansor kepada sorotan perhatian ramai. Jika sebelum ini, perhatian kepadanya adalah melalui apa yang dilakukannya sendiri, tetapi kali ini Najib selaku suami pula yang melontarkan umpan supaya kedudukan isterinya diperkatakan orang.
Dalam memuji isterinya yang turut berjasa dan menyumbang sesuatu yang bermakna kepada rakyat dan negara, Najib telah mendedahkan dua perkara mengenai isterinya yang tidak pernah diberitahunya sebelum ini.
Pertama, mengenai peranan isterinya dalam membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditahan di Mesir kerana disangka seorang pengintip manakala yang kedua, mengusahakan agar pelajar Malaysia yang mahu dibawa pulang semasa Ops Piramid dapat singgah di Arab Saudi tanpa visa, sebelum diterbangkan ke Malaysia.
Menurut Najib lagi, jasa pertama isterinya itu dilakukan dengan menghubungi Suzanne Mubarak, isteri Presiden Mesir ketika itu manakala jasa kedua pula dilakukan dengan menelefon keluarga diraja Arab Saudi yang mana Rosmah mempunyai "networking" dengannya.
Dalam kedua-dua jasa itu, ianya dilakukan atas permintaan Najib sendiri.
Selama ini, isu campurtangan Rosmah dalam pentadbiran kerajaan tidak begitu jelas bentuk dan keadaannya. Ada yang mengatakan campurtangannya dalam perlantikan beberapa pegawai kanan kerajaan, pemilihan anggota kabinet, pengagihan kontrak kerajaan sebagainya. Tetapi semuanya agak samar-samar.
Juga samar-samar, sama ada ianya berlaku kerana keghairahan isteri Perdana Menteri itu terhadap kuasa dan ingin mengawal UMNO serta kerajaan atau Najib yang terlalu bergantung kepada kelebihan dan kepandaian isterinya itu.
Bagaimanapun, dalam semua keadaan itu, Rosmah telah dikecam dengan pelbagai serangan, tafsiran serta gelaran serta dilihat sebagai beban yang berterusan kepada UMNO dan negara selagi Najib menjadi Perdana Menteri.
Namun dengan pendededahn Najib sendiri mengenai jasa dan sumbangan isterinya kepada rakyat dan negara, jelas membuktikan bahawa campurtangan Rosmah dalam kerajaan adalah kerana kelemahan Najib sendiri. Dalam tugas dan peranan yang sepatutnya beliau meminta Menteri Luar dan Menteri Pendidikan menyelesaikannya, sebaliknya Najib lebih mempercayai isterinya untuk melakukan tugas tersebut.
Najiblah yang sebenarnya memberi peluang dan membuka ruang untuk isterinya itu campurtangan dalam urusan kerajaan.
Najib hanya mendedahkan dua jasa dan sumbangan isterinya, tetapi tidak mustahil selama hampir lima tahun beliau menjadi Perdana Menteri, barangkali sudah banyak kali permintaan untuk campurtangan dalam urusan kerajaan ini dilakukan. Jika ini dilakukan, sama ada kerana Najib lebih mempercayai isterinya berbanding menteri-menteri kabinetnya atau kerana beliau merasakan isterinya lebih bijak dan berwibawa, atau kerana sayangkan isteri, ia hanya mengesahkan lagi tentang kelemahan Najib sebagai Perdana Menteri.
Sebagai Perdana Menteri dan suami, beliau seharusnya dapat membezakan peranan yang boleh dilakukan oleh isterinya. Sebagaimana isteri-isteri Perdana Menteri sebelum ini dan juga isteri pemimpin lain di seluruh negara, peranan mereka biasanya terhad kepada peranan sampingan dan tugas-tugas kemasyarakatan serta kebajikan saja.
Meminta isteri mencampuri urusan kerajaan atau membiarkannya berbuat demikian, hanyalah menyerlahkan kelemahan, kegagalan dan kehilangan-upaya seseorang pemimpin itu dalam kerjayanya.
Selain campurtangan dalan urusan kerajaan, Rosmah juga dikecam kerana penggunaan jet dan perbelanjaan kerajaan dalam lawatannya ke luar negara. Ia bukan saja berlaku dalam kunjungannya ke Qatar baru-baru ini, tetapi juga sudah beberapa kali wang pembayar cukai disedut untuk membiayai perbelanjaannya ke luar negara.
Setiap kali isu perbelanjaan ini berbangkit, berpintal-pintal lidah menteri yang bertanggungjawab mempertahankan kewajaran perbelanjaan itu di Parlimen. Kadang-kadang ternampak jawapan dan hujah yang diberi terlalu dangkal, lemah dan bukan jawapan dari hati. Mereka memberi jawapan dan mewajarkan perbelanjaan isteri Perdana Menteri itu semata-mata kerana tugas dan hanya ingin menjaga kerusi yang sedang diduduki.
Sekali lagi sebenarnya, penggunaan jet dan perbelanjaan wang kerajaan untuk membiayai lawatan Rosmah adalah juga menunjukkan kelemahan Najib sebagai pemimpin dan Perdana Menteri. Jika daripada awal beliau bertegas tidak membenarkan isterinya menggunakan jet dan perbelanjaan kerajaan, sudah tentulah isu ini tidak berlarutan sampai sekarang.
Beliau sepatutnya mencontohi PM-PM sebelumnya yang di era pentadbiran mereka tidak pernah berbangkit langsung mengenai penggunaan jet dan perbelanjaan menggunakan wang rakyat untuk menampung biaya isteri masing-masing ke luar negara. Di zaman Pak Lah, walaupun berbangkit isu campurtangan keluarga dalam kerajaan tetapi tidak mengenai penggunaan jet dan penggunaan wang kerajaan. Begitu juga, sepanjang 22 tahun Mahathir memimpin Malaysia, tidak pernah kedengaran mengenai penggunaan jet dan wang kerajaan oleh isterinya, Siti Hasmah.
Dalam isu Rosmah, sama ada campurtangannnya dalam urusan kerajaan atau penggunaan wang rakyat untuk membiayai perjalanannya, ia sebenarnya bukanlah salah beliau. Tolonglah, Rosmah tidak bersalah dalam hal ini.
Yang salah ialah orang yang meminta Rosmah untuk campurtangan dalam urusan kerajaan. Yang bersalah ialah orang lemah dalam mengawal keghairahan Rosmah. Yang salah juga ialah orang yang gagal mengawal Rosmah dan tidak berani bertegas dengannya sejak awal lagi.
Jika orang ini dapat ditukar, selamatlah kita semua.