Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu adalah kes pembunuhan berprofil tinggi yang berlaku di
Malaysia. Di dalam kes ini, seorang rakyat
Mongolia,
Altantuya Shaariibuu dibunuh secara kejam di kawasan berdekatan
Shah Alam,
Selangor,
Malaysia. Enam orang ditahan dan disiasat berhubung dengan kejadian ini. Kes ini berprofil tinggi kerana ia melibatkan
Abdul Razak Baginda, seorang yang rapat dengan perdana menteri
Malaysia, Dato' Seri
Najib Tun Razak.
Pembunuhan
Altantuya Shaariibuu telah dijumpai secara ngeri di lokasi antara lot 12843 dan lot 16735, Mukim Bukit Raja, berdekatan
Shah Alam,
Selangor di antara pukul 10 malam
19 Oktober dan 1 pagi
20 Oktober 2006. Mayatnya ditemui pada
7 November 2006 iaitu 17 hari selepas dia diletupkan dengan bahan letupan
C4.
Lokasi itu berdekatan dengan
Empangan Tasik Subang. Beliau merupakan
model sambilan dari
Ulan Bator, ibu negara
Mongolia, utara
China. Cebisan mayat Altantuya ditemui bertaburan berhampiran
Empangan Tasik Subang di
Hutan Simpan Puncak Alam,
Shah Alam,
Selangor.
Pakar patologi mengesahkan cebisan mayat itu milik Altantuya dan disyakki dibunuh dengan letupan C4 iaitu
probable blast related injuries (kecederaan berkaitan letupan).
Enam orang ditahan termasuk
Abdul Razak Baginda Cif Inspektor Azilah Hadri (30 tahun) dan
Koperal Sirul Azhar Umar (35 tahun).
Azilah Hadri dan
Koperal Sirul Azhar Umar dari
Unit Tindakan Khas. Dua lelaki penyiasat persendirian (45 dan 35 tahun ) disiasat mengikut
Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengugut.
Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid meluluskan permohonan polis bagi menahan
reman dua bekas anggota polis itu dan kini ditahan di
Ibu pejabat Polis Kontinjen Malaysia.
Seorang
Cif Inspektor dari
Unit Tindakan Khas, seorang Lans Koperal wanita dari
Kontinjen Polis Petaling Jaya dan seorang
konstabel turut ditahan reman 7 hari. Mereka ditahan dibawah
Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kes bunuh.
Ketua Polis Negara
Tan Sri Musa Hassan mengesahkan beliau telah meminta bapa, ibu dan anak Altantuya yang menetap di
Ulan Bator,
Mongolia untuk datang ke Malaysia bagi memberi keterangan dan ujian darah
DNA.
Para pegawai pendakwa raya daripada
Jabatan Peguam Negara, anggota
Jabatan Forensik Bukit Aman serta pegawai
Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) membuat pemeriksaan semula di
Empangan Subang,
Puncak Alam,
Shah Alam ,
Selangor.
Razak Baginda
Abdul Razak Baginda dikatakan mempunyai hubungan intim dan sulit dengan Altantuya. Beliau merupakan seorang
penganalisis politik yang begitu
prolifik di
Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Analisis beliau tentang isu-isu politik dan pertahanan di
Afghanistan,
Iraq dan
Palestin diterima umum sebagai pendapat atau senada dengan pendapat rakyat Malaysia.
Razak Baginda yang berumur 46 tahun, menjadi ketua institut pemikir
tempatan direman selama 5 hari kerana menculik dan berniat mengurung
Altantuya. Jika disabit kesalahan mengikut
Seksyen 365 Kanun Keseksaan, beliau boleh dipenjara sehingga 7 tahun dan dekenakan denda.
Rumah Razak Baginda di
Bukit Bandaraya dan di
Damansara Height
digeledah oleh pihak polis bagi mendapatkan sebarang maklumat. Pasport,
komputer riba, komputer peribadi dan beberapa barangan peribadi lain
telah diambil untuk dianalisis.
Peguam Razak Baginda ialah Datuk
Muhammad Shafee Abdullah memantau barang-barang yang diambil oleh pihak polis.
Pada
11 November 2006, Razak Baginda dimasukkan ke Wad Kecemasan ,
Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat
asma
dan penimbunan cecair dalam paru-paru selepas mengadu sakit dada.Kini
dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari HKL dengan kawalan polis.
Pada
16 November 2006,
Abdul Razak Abdullah Baginda dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala
Lumpur.Razak didakwa bersubahat membunuh Altantuya, 28, dengan Cif
Inspektor Azilah Hadri, 30, dan Konstabel Sirul Azhar Umar, 35, dari
Unit Tindakan Khas (UTK) di pejabatnya di Tingkat 10, Bangunan Getah Asli, No. 148,
Jalan Ampang di sini antara pukul 9.54 pagi dan 11.05 pagi,
18 Oktober 2006.
Razak didakwa di bawah
Seksyen
109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 kanun yang sama.
Jika disabitkan dengan kesalahan, Abdul Razak boleh dihukum gantung
sampai mati.
Pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Majistret Aizatul Akmal
Maharani pada kira-kira pukul 12.47 tengah hari disaksikan oleh ahli
keluarga Abdul Razak termasuk ibu bapanya, isteri yang merupakan seorang
peguam, Mazlinda Makhzan dan anaknya, Rowina, 19 tahun.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Salehuddin
Saidin dan Noorin Badaruddin manakala Abdul Razak diwakili dua peguam
bela, Datuk
Muhammad Shafee Abdullah dan M. Puravelan.
Altantuya mengugut

17 Oktober 2006 Altantuya datang ke rumah Abdul Razak di Damansara.
Altantuya telah buat kecoh dan polis telah membawanya ke Balai Polis
Brickfield. Altantuya berhenti di kaunter depan dan seperti hendak
membuat laporan polis. Ang Chong Beng mengheret Altantuya keluar dahulu
dan buat perundingan yang menguntungkan ' menang menang' terlebih
dahulu.
Altantuya telah menuntut USD500,000 dan tiga tiket penerbangan ke
Mongolia daripada Abdul Razak. Tuntutan itu ketika Balasubramaniam,
penyiasat persendirian Ang Chong Beng dan Balasubramaniam berada di luar
Balai Polis Brickfield antara jam 11.00 - 12.00 malam. Altantuya
menuntut wang itu selepas Ang Chong Beng memujuk Altantuya tidak membuat
laporan polis mengenai Abdul Razak. Balasubramaniam setuju akan
memaklumkan kepada Abdul Razak dan akan memaklumkan semula kepada Ang
Chong Beng melalui telefon jika ada perkembangan lanjut.
19 Oktober 2006 sekitar 7.20 malam Altantuya dan 2 teman wanita
melintasi rumah Abdul Razak di Damansara. Altantuya datang dengan teksi
tapi tidak berhenti. Balasubramaniam yang berkawal di rumah Abdul Razak ,
telah menelefon Abdul Razak.
Ketika itu Abdul Razak tiada di rumah kerana keluar berbuka puasa dan
meminta supaya Balasubramaniam mengawasi rumahnya. Dia hendaklah
menghantar SMS jika Altantuya datang ke rumahnya.
Setengah jam kemudian ( 8.00 ) Altantuya datang semula dengan teksi seorang diri, tanpa 2 teman wanita lain.
Altantuya telah bercerita dengan Balasubramaniam tentang 'nasib
malang'nya . Abangnya suruh ugut Abdul Razak konon menebus apartmen di
Mongolia yang dipertaruhkan dalam perjudian. Ibunya mengidap mengidap
penyakit barah dan terlantar di hospital. Altantuya memberitahu dia
tiada wang untuk membayar bil-bil penginapan di Hotel Malaya.
Altantuya marah-marah di depan pagar rumah Abdul Razak dengan
kata-kata: "You bastard, come out I want to see." Tapi Abdul Razak tak
keluar-keluar.
Selepas kecoh, Altantuya dibawa pergi dengan kereta peronda polis
tanpa paksaan, tetapi sukareka masuk ke dalam kereta peronda polis.
Polis itu membuat satu panggilan telefon, tapi tak tahu kepada siapa.
Polis itu memberitahu Balasubmaniam bahawa Altantuya akan dibawa
pergi. Selepas Altantuya bertanya, Balasubmaniam memberitahu dua lelaki
itu ialah saudara Abdul Razak ( sepatutnya polis). Kemudian beritahu
polis akan tangkap dia. Dia sendiri pergi ke kereta Proton Wira dan
duduk di bahagian belakang. Wanita di depan kereta itu beralih tempat ke
belakang. Lelaki di belakang beralih tempat ke depan kereta.
Abdul Razak berkata 'ok' apabila Balasubramaniam memaklumkan melalui telefon bahawa Altantuya dibawa oleh polis.
Pemandu teksi berang kerana Altantuya tidak bayar RM150.00 seperti
dijanjikan. Polis yang menaiki Wira hanya membayar RM50.00 dan 100.00
lagi mintalah daripada Balasubramaniam. Esoknya baki tambang itu dibayar
oleh Subramaniam.
Abdul Razak tahu kehadiran Altantuya di hadapan rumahnya malam itu
dan minta Balasubramaniam 'melayan' sehingga 'orang-orangnya' sampai.
'Orang-orangnya' itu ialah Azilah Hadri dan Sirul Azhar. Altantuya
dibawa dengan Proton Wira merah oleh dua anggota polis itu.
20 Oktober 2006 jam 2.00 - 3.00 petang Balasubramaniam menemui Abdul
Razak di pejabatnya bagi menuntut baki bayaran perkhidmatan Rm2000.00
lagi.
Balasubramaniam tanya Abdul Razak di mana Altantuya ditahan tapi dia
tanya balik soalan yang sama dan meneka di mana Altantuya ditahan.
Balasubramaniam meneka Altantuya mungkin ditahan di Balai Polis Travers
atau penjara Cawangan Khas di Jalan Ipoh.
20 Oktober 2006 jam 11 malam Ang Chong Beng, Uuriintuya Gal Ochir dan
Namiiraa Gerelmaa datang ke rumah Abdul Razak di Damansara dan
menjerit-jerit "Altantuya dikurung dalam rumah, bebaskan Altantuya".
Kemudian seorang inspektor polis telah datang setelah Ang menelefon polis dan melaporkan misteri kehilangan Altantuya.
21 atau 22 Oktober 2006 : Abdul Razak menghubungi Balasubramaniam untuk membuat laporan polis di Balai Polis Brickfield.
Abdul Razak tidak pernah mengupah Balasubramaniam untuk membunuh atau
mencederakan Altantuya.Tetapi suruh 'tunggu' sehingga Altantuya
kehabisan wang dan dengan sendiri balik ke Mongolia. Malahan Abdul Razak
tidak mahu sebarang perkara tidak diingini berlaku kepada Altantuya.
Abdul Razak ada memberitahu Balasubramaniam bahawa Abdul Razak akan
ke Hong Kong 24 Oktober 2006 iaitu Hari Raya Aidil Fitri pertama,
anaknya Roweena Abdul Razak dan isterinya Mazlinda Makhzan akan ke
London pada 25 Oktober 2006, hari raya kedua. Lantaran itu Abdul Razak
merasakan laporan polis tidak perlu kerana akan mengganggu tugasnya itu.
Perkhidmatan Balasumbramaniam ditamatkan secara tiba-tiba oleh Abdul
Razak kerana Suras Kumar ( pembantu Balasubramaniam) terlalu rapat
dengan Altantuya dan dua rakannya.
Abdul Razak memberitahu Balasubramaniam nombor bilik Hotel Malaya tempat Altantuya menginap.
1 November 2006 : Balasubramaniam dipanggil oleh ibu pejabat Polis
Kontinjen Kuala Lumpur untuk sesi kawat cam dan diberitahu tentang
pembunuhan Altantuya.
Selepas itu Balasubramaniam memaklumkan kepada Abdul Razak bahawa
Altantuya telah dibunuh. Padahal tugasnya telah ditamatkan pada 26
Oktober 2006. Abdul Razak menghantar ugutan sms ( forward) daripada Amy
.(saudara Altantuya)
Antara 26 Oktober 2006 hingga 7 November 2006, Balasubramaniam
menelefon Abdul Razak beberapa kali berhubung Altantuya tetapi Abdul
Razak menyatakan dia sendiri tidak tahu.
Balasubramaniam telah direman ( ditahan) dua kali ( 3 hari dan 7 hari ) oleh Mahkamah Majistret bagi membantu suasatan.
Pakatan bunuh
Prosiding dimulakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 18 Jun 2007.
Lebih 100 saksi akan dipanggil dan jika tiga tertuduhn sabit kesalahan,
hukuman gantung sampai mati mengikut Seksyen 302
Kanun Keseksaan.
Pendakwaan kes ini amat bergantung kepada keterangan langsung,
keterangan ikut keadaan, keterangan pakar, keterangan saintifik,
keterangan dokumenteri, pengakuan tertuduh kedua kepada pegawai
atasannya dan beberapa keterangan lain di samping mengaitkan beberapa
barang kes yang dijumpai.
Abdul Razak Abdullah Baginda, 46, dituduh bersuhabat dengan
Cif Inspektor Azilah Hadri
dan Koperal Sirul Azhar Umar . Abdul Razak didakwa membuat pakatan dan
rancangan bunuh di Tingkat 10, Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang, Kuala
Lumpur antara 9.54 pagi dan 10.05 pagi pada 18 Okt 2006.
Pakatan bunuh dengan cara letupan C4 diadakan di Wilayah Persekutuan
antara 9.54 pagi pada 18 Okt dan 9.45 malam pada 19 Okt 2007.
Rentetan peristiwa
Pada Ogos 2005 hubungan intim Abdul Razak dengan Altantuya terputus tetapi masih memberi wang kepada Altantuya apabila dituntut.
Januari 2006, Abdul Razak mula enggan melayan tuntutan wang itu ,
lantas Altantuya terdesak ke Malaysia beberapa kali untuk menuntut
sendiri daripada Abdul Razak.
8 Oktober 2006 Altantuya ke Malaysia ditemani dua teman wanita dari
Mongolia untuk menemui Abdul Razak di pejabat tapi Abdul Razak enggan
ditemui. Altantuya meninggalkan nota-nota .
Altantuya melantik penyiasat persendirian untuk mencari alamat rumaj
Abdul Razak. Altantuya dikatakan mengugut akan mengancam nyawa Roweena
Abdul Razak (anak Abdul Razak) jika tuntutan wang gagal.
Akibat enggan melayan tuntutan dan karenah Altantuya Abdul Razak
melantik B Balasubramaniam seorang pegawai penyiasat persendirian bagi
mengekori Altantuya, mengawal rumahnya (Abdul Razak) untuk mengelak
daripada terus diganggu . Namun Altantuya terus mengganggunya.
Selepas Azilah menemui Abdul Razak, Azilah membawa pembantunya Sirul
Azhar ke lobi Hotel Malaya di mana Altantuya menginap. Sekeping nota
tercatat nama penyiasatan persendirian yang dilantik Abdul Razak, alamat
hotel Altantuya dirampas di pejabat Abdul Razak.
Abdul Razak enggan menemui Altantuya di pejabatnya . Lalu Altantuya
ke rumah Abdul Razak di __ dan Altantuya mahu buat laporan polis.
Sebelum itu, Abdul Razak melalui Balasubramaniam Perumal,penyiasat
persendiriannya menasihati Altantuya tidak membuat laporan polis kerana
akan menjejaskan reputasinya.Abdul Razak juga mahu pihak Imigresen
menghantar simati pulang tetapi tidak berjaya.
Pembebasan

Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan Azilah dan
Sirul Azhar daripada pertuduhan membunuh Altantuya. Tiga anggot panel
hakim iaitu Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk
Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengetepikan hukuman mati yang
dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas membenarkan rayuan
mereka terhadap pensabitan dan hukuman.Hakim Datuk Md Apandi Ali
mengetuai panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut.
Bagaimanapun, penghakiman itu dibacakan oleh Hakim Datuk Tengku
Maimun Tuan Mat yang memutuskan berlaku penyalaharahan yang serius oleh
hakim Mahkamah Tinggi dalam mensabitkan mereka. Ia termasuk tidak
memanggil DSP Musa Safri, dan kegagalan untuk mengemukakan diari balai
polis yang menyatakan bahawa Azilah (kiri) berada di Bukit Aman pada
masa berkenaan. Seorang lagi anggota panel hakim tersebut ialah Datuk
Linton Albert. Azilah diwakili oleh peguam Hazman Ahmad dan J Kuldeep
Kumar, manakala peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua
Merican mewakili Sirul.
Timbalan Peguamcara Negara III, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah
mengetuai pasukan pendakwaraya yang turut dianggota DPP Manoj Kurup dan
Noorin Badaruddin.
Dalam penghakiman, mahkamah mengemukakan lapan alasan bagi pembebasan Azilah dan Sirul Azhar. Menurut Hakim Tengku Maimun:
- mengenai alibi pembelaan Azilah Hadri, mahkamah tidak menemui
mana-mana dalam alasan penghakiman hakim perbicaraan yang beliau telah
menimbangkan sama ada diari stesen menunjukkan atau cenderung
menunjukkan tentang kehadiran Azilah pada masa berkenaan dan dia tidak
akan boleh atau tidak mungkin berada di tempat kejadian jenayah.
- Melihat kepada keadaan keseluruhan kes ini, pertimbangan kami ialah
kesan kumulatif bukan arahan oleh hakim perbicaraan yang bijaksana itu
menjadikan sabitan perayu tidak selamat. Kami sebulat suara membenarkan
kedua-dua rayuan ini.
- Mahkamah mendapati Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yasin
tidak membuat sebarang dapatan mengenai sama ada pihak pendakwa telah
membuktikan mengenai kewujudan perancangan awal oleh dua anggota polis
itu untuk melakukan pembunuhan dan pembunuhan itu dilakukan rentetan
daripada perancangan awal itu. Ketiadaan dapatan sebegitu oleh hakim
perbicaraan yang bijaksana mengenai ramuan niat bersama yang membawa
kepada penyalaharahan dengan cara tanpa arahan.
- Mengenai log panggilan dan ramalan liputan, beliau berkata mahkamah
mendapati keterangan oleh tiga saksi daripada beberapa syarikat
telekomunikasi telah membawa kepada isu kebolehpercayaan dan ketepatan
log panggilan dan ramalan liputan.
- Amat penting untuk hakim perbicaraan menumpukan pada cabaran
dibangkitkan oleh pihak pembelaan mengenai eksibit dan untuk membuat
dapatan sama ada terdapat pindaan atau gangguan terhadap data dan sama
ada ketulenan data boleh dipersoalkan atau tidak.Apa yang dikesalkan,
hakim mahkamah tinggi gagal berbuat demikian, yang dalam penghakiman
kami adalah penyalaharahan yang serius sehingga tidak boleh bergantung
kepada eksibit itu yang dikatakan tidak kukuh.
- Mahkamah memutuskan hakim perbicaraan juga tidak memberi perhatian
dan tidak memeriksa sama ada wujud percanggahan dan ketidakkonsistenan
keterangan saksi-saksi pendakwa.
- Hakim perbicaraan juga tidak memeriksa kredibiliti saksi-saksi
pendakwa dan tidak memberi perhatian sama ada Azilah dan Sirul Azhar
telah menimbulkan keraguan mengenai ketepatan kenyataan mereka mengikut
Seksyen 27 Akta Keterangan 1950.
- Hakim perbicaraan tidak memikirkan sama ada penemuan tempat jenayah
dan barangan kemas si mati adalah hasil daripada maklumat diberikan oleh
dua anggota polis itu dan bukannya daripada sumber lain.
- Mendapati berlaku keadaan tanpa arah oleh hakim perbicaraan apabila
gagal menilai keterangan sebelum menerima kenyataan itu mengikut Seksyen
27.
- Mahkamah mendapati tiada sebarang keterangan untuk menunjukkan
sebarang kaitan antara selipar dengan kesan darah Altantuya yang ditemui
dalam jip Sirul Azhar, dengan beliau (Sirul Azhar).
- Pihak pendakwa tidak menutup jurang dalam kesnya dalam isu itu.
- Serupa juga dengan katrij yang ditemui dalam kereta Sirul Azhar yang
merupakan tertuduh kedua, mahkamah mendapati wujud jurang dalam kes
pendakwa di mana hakim perbicaraan gagal memberikan perhatian.
- Akhir sekali, mahkamah memutuskan kegagalan pihak pendakwa memanggil
atau menawarkan pemeriksaan balas ke atas DSP Musa Safri yang ketika
itu pengawal Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,
mungkin mencetuskan inferens berbeza di bawah Seksyen 114 (g) Akta
Keterangan, terhadap pihak pendakwa.
- "Ingin dinyatakan, dengan tidak memanggil DSP Musa, mengenai fakta
kes ini, sedangkan keterangan DSP Musa amat penting untuk mendedahkan
naratif bahawa kes pendakwa berdasarkan apa,"
Bagaimanapun, pihak pendakwa akan mempunyai peluang untuk merayu di Mahkamah Persekutuan - mahkamah tertinggi di negara ini.
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Kes_Pembunuhan_ke_atas_Altantuya_Shaariibuu#Biodata_Altantuya