Wednesday 3 February 2016

Kenak Sarawak jadi kedak tok?

Setelah 53 tahun berada dalam Persekutuan Malaysia, keadaan sosio-ekonomi Sarawak sik banyak berubah dengan segala kekayaan dibolot oleh segelintir golongan elitis mega kaya dan kroni pimpinan Umno-PBB = Barisan Nasional (BN).

59 tahun Malaya merdeka dan 53 tahun selepas penubuhan Malaysia keadaan kehidupan rakyat Sarawak sik banyak memperlihatkan perubahan ketara.

Kenak jadi kedak tok?

Walaupun negeri Sarawak adalah sebahagian daripada Malaysia namun ia merupakan negeri yang paling miskin dengan sosio ekonominya yang paling rendah. 

Hasil kajian Program Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) menunjukkan kemiskinan yang paling serius di Malaysia adalah di kalangan komuniti pribumi di Sabah dan Sarawak. Sarawak adalah sebuah negeri yang mempunyai banyak hasil bumi seperti minyak, gas, balak dan sebagainya dan berpotensi besar menjadi negeri yang paling maju di Malaysia namun keadaan rakyatnya sungguh menyedihkan. 

Mengikut statistik, Sarawak masih terdapat banyak kampung yang belum dihubungkan dengan jalan raya dan lebih daripada satu perempat isi rumah tidak ada akses kepada elektrik dan lebih 30 peratus isi rumah di Sarawak masih tiada kemudahan air bersih dan air yang dirawat. Terkini menurut perangkaan pula, seramai 25,254 penduduk di Sarawak masih tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang membabitkan rakyat tempatan dan warga asing yang telah lama menetap di Sarawak. 

Kenak jadi kedak tok?

Sumber dan harta negara dikuasai dan dinikmati oleh segelintir sahaja manakala majoriti rakyat merana. Penganiayaan terhadap rakyat Sarawak semakin hari semakin teruk dan hak asasi mereka dicabuli sehinggakan satu pelan berterusan untuk mengagihkan tangki air 1Malaysia terpaksa diteruskan walau sudah mencapai abad ke 20. 

Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963. Semasa penubuhan, kerajaan Malaya telah memberi banyak janji manis kepada Sarawak. Tetapi selepas itu, mimpi indah bertukar menjadi mimpi ngeri.

Kenak jadi kedak tok bah???

Negeri kita Sarawak jadi kedak tok kerana sikap kita yang takut untuk melakukan perubahan kerajaan. Oleh itu pemimpin negara dan negeri rasa hebat dan tidak tergugat maka mereka mengambil sikap sambil lewa dalam menangani masalah ekonomi rakyat, masalah tiada pekerjaan, masalah kemudahan asas seperti api air hospital sekolah dan lain-lain. Duit lembaga tabung amanah masjid kenak curi pun kita boleh main tanggar ajak. Apa nak jadi dengan bangsa kita tok. 

Negara lain di dunia seperti Australia, Jepun, Great Britain seringkali bertukar kerajaan tetapi negara mereka tetap maju. Jadi apa yang kita takutkan sangat nak tukar kerajaan? Lebih-lebih lagi kerajaan yang diselubungi skandal kewangan macam sekarang tok. Tukar ajak lah....kita cuba kerajaan baru seperti Australia, Jepun, Thailand, UK dan kebanyakkan negara maju lain. 

Enough is Enough

#CubaPKR #DemiSarawak